Followers

17 Oct 2011

Hapdet lelaju macam petir

Minta maap le... Berapa hari dah aku tak hapdet blog. Bizi nyeeeee Allah aje yang tau. 

  1. Sabtu pagi kitorang sesiap da nak pi hantar Inche Kitchi gi kursus kat Kuala Kubu Bharu. Sebab daftarnya hari Isnin, kami gi Putrajaya dulu jumpa client. Tido malamnya kat Kota Damansara, umah member lama. Gumox dan Fiza entertain aku malam tu. 
  2. Cadangnya nak gi ronda-ronda kat Uptown Kota Damansara tapi elok-elok je dah sampai kat pintu gate, Wawan nangeh teruk. Terus aku 'perintahkan' Gumox untuk hantar aku balik. Tu tanda Wawan dah letih la tu. Dah malam kan. Kebetulan, elok-elok sampai umah Kak As tuh hujan lebat. (PERHATIAN: Ni Kak As lain tau. BUkan Kak As pengasuh Oni. Iskk..banyak betul orang nama Kak As dalam kehidupan aku ni.) Ended up, Inche Kitchi pulak gi beremba ngan kengkawan aku si Fiza dan Gumox kat Uptown sebab dia nak cari remote Astro. 
  3. Citer pasal remote Astro, Oni dah selamat jahanamkan remote original 2 minggu lepas. Sepanjang tempoh tu, aku pakai remote 'pendua' si Ida Kurau. Heee.. apa la nak jadi kalau Ida tu takde kan? 
  4. Dok susah hati pikiaq sapa nak teman aku balik Lumut lepas hantar Inche Kitchi kat tempat belajar dia. Tetiba, Epi gitau yang dia nak balik gi MAnjung jugak dari KL. Nak tengok umah katenye. Hoh, aku ajak le join. Buleh tolong-tolong tengokkan Oni ngan Wawan. Aku bukan pe, takut kang travel ngan anak-anak kecik ni... buatnya aku nak terberak tengah jalan, camana? Ce pikiaq... Takkan nak letak Wawan atas sinki plak? 
  5. Hari Ahad, hantar Inche Kitchi gi Kuala Kubu Bharu. Sampai sana dalam kol 1 tengahari. Aku terus pecut balik rumah , ditemani Epi. Hujan lebat dalam perjalanan. Gilohh lebat sampai nak kelip mata sat pun tak berani. 
  6. Nyaris-nyaris gak la nak eksiden langgaq pungkoq kereta Viva. Viva tu brek emegensi sebab lembu nak melintas. HAHAHA.... NAseb bek aku terer buat emegensi brek jugak. Belajar masa amik lesen moto dulu. Sapa yg amik lesen moto tau la camana nak wat emegensi brek. Kalau amik lesen kereta cikgu tak ajar. ~
  7. Pukul 5 petang, sampai la umah Epi. Pastu terus balik rumah. LEgaaa.... Tapi Wawan plak meragam sepanjang malam sebab perut masuk angin. 
  8. Inche Kitchi ngadu kata umah tempat dia tumpang tinggal tu takde tv. 4 hari lagi dia meroyan lah. HAHAA.... Baguslah. Dah sama taraf macam sekolah kat pondok pakya dah nampaknya. 
  9. Pagi hari ni, Inche Kitchi sms cakap kelas dia takde. Minggu depan baru ade. Buleh?
  10. Maka, aku pun pecut la balik amek dia kat Kuala Kubu. Anak-anak dah tinggalkan kat Wana. Buleh la bawak laju sket. 
  11. Last skali baru aku tau, dia salah tengok tarikh. Haiyaaa~ Mengaku je lah awak tu dah tua. Tahun depan nak 30 da tau! HEHEHEHHE...

Aku sakit perut. Senggugut.
Piyed lagi. 
Apsal tak menentu ntah piyed aku.
2 minggu lepas dah mai dah. 
Ni tetiba mai lagi. 
LAgi sakit haa perut. 
Besok minta tulun 'bidan diraja' mai check sat. 


Aku tak tau camana rasa senggugut sbenonye. TApi kalau ini le senggugut, betui la kata orang bahawasanya senggugut tu sakit sama cam nak branak. Sakit la jugak. 
Beranak op kos lagi sakit la kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram