Followers

28 Oct 2011

Entri berlukisan yang dah lama tak buat. Oni..Oni..


Korang mesti rindu entry lukih-lukih kan? 

Hahaha..lama siot tak buat.
KAlau dok opih-yang-banyak-lalat tu, sambil-sambil pukul lalat, sambil lukih gambo Oni dan gelagat beliau. Walaupun cuma orang lidi berkepala besar dan berbaju 3 segi, tapi, komik aku tu digemari ramai la jugak. 

Sejak ada adik ni, Oni dah pandai berdikari.
Lincahnya masih berterusan. 
Masih lagi lompat-melompat di atas tilam. 
Oni sudah fasih bercakap walaupun ada beberapa perkataannya masih comel kedengaran. 
Becoknya memang sama taraf dengan ibu beliau. 

Di usia 2 tahun ni, anak akan mula 'dirasakan' nakal. 
Mulalah kita sebagai ibu ni terjerit-jerit.
Padahal, dia tak nakal pun. 
Ia nya normal selagi anak-anak membesar. 
Tapi tu la... tak menahan lak kekadang si Oni ni. Karenah dia buat aku pecah peluh dan kekadang buleh naik darah. 
Turun darah pun buleh. 

JAdi Ibu meeeeeemang kena ada sifat Sabar~







Perkataan "Jap..Jap.." tu memang ikut Ibu.
DIpelajari daripada kebiasaan Ibu menyebut "Jap..Jap.." ketika beliau meminta nenen. 
Tengah fesbuk, dia nak nenen aku cakap "jap..jap.." .
Tengah basuh pinggan, dia minta nenen aku cakap "jap..jap..."

Haaa.. skang, dia plak 'jap, jap'kan aku. 



Sense of ownership memang wujud pada diri, tapi dia tak kedekut. 
Perkataan 'kakanyerrr' bermaksud 'KAKAK PUNYA' tapi disambungkan dan wujudlah satu perkataan baru yang menjadi sebutan orang-orang yang pernah bertemu Oni. 
Sampai bos aku pun leh terpengaruh sebut perkatan 'kakanyerrr' ni. 
Annoying pun ado gak la rasa... 

Tak tanya pun, dia akan gitau "ni kakanyerrr.."

BArang dia pun "kakanyerr"..

Barang Apak pun slamber "kakanyerrr..."

"NI KAKAKNYERRR,,,,,"


Tapi, kalau aku ngan Apak tiru dia cakap 'kakaknyerr' tu, reti lak dia annoying. 
Terus buat muka Mr. Crab yang marah.



Bila time aku bersuka-ria dengan Wawan, dia pun nak tumpang sekaki.
Kalau Wawan duduk atas perut, Oni pun nak jugak duduk atas perut. 
Kalau aku 'terbang-terbangkan' Wawan, Oni plak sibuk panjat lutut aku main gelongsor.
KAlau Wawan nangeh taknak baring, Oni pulak nangeh NAK baring dalam buai. 
Gitulah selalunya.

PEcah peluh jaga anak!

KEbiasaan aku, sebelum Subuh aku dah sesiap mandi. 
Wawan akan bangun seawal jam 6.30 pagi dan berjaga sehingga jam 9. 
Oni akan bangun jam 7 pagi dan untuk menenangkan beliau, aku bukan tv citer HI-5. 
Oni diam, Wawan pun diam gak dengar lagu. 

LEpas mandikan diorang suma, badan aku akan berpeluh balik.

Pukul 10 pagi, aku mandi plak lagi bila bebudak ni tido siang.

Masa tu la aku nak wat segala kerja, masak ke hape.

Pukul 2 petang selalunya semua da bangun.
Oni makan nasik.
Pukul 5 petang Wawan akan merengek nak tido balik. 
Aku mandikan Wawan, siapkan susu dan tidokan dia.
Sambil tu Oni tengok Upin Ipin.
LEpas habih Upin Ipin, aku mandikan Oni plak. 
Selesai sudah, kasi susu. Oni lepak atas tilam golek-golek dengan aktiviti bebas. 
Aku lak mandi..........

Pukul 8 malam..bagi Oni makan.
Wawan akan bangun kejap minta susu.
KEndian aku tidokan dia.

Pastu, Oni lak nak susu.
THen, masukkan Oni dalam buai.
By jam 9 malam, semua anak aku dah tido. 

Aku pun duduk wat keje aku. Siapkan segala apa nak kena buat.

KAlau aku berpeluh teruk , stress segala, aku mandi air panas.
Kendian gi bertungku.

Kalau rasa nak kena berjaga malam, aku minum neskepe. 

Kalau hari aku kena kerja, dari pukul 9 pagi sampai pukul 7 malam, diorang dok umah pengasuh.

Gitulah selalunya. 

Kalau dulu, bila Inche Kitchi takde, aku tak keruan jugak.
Sunyi...Rindu...

Skang, rindu jugak.
Tapi, takde la teruk. 
BUkan sebab tak sayang tau.
Tapi sebeb KEPENATAN yang teramat sampai tak sempat nak nangeh kerinduan. 

SOb..sob...

Betui ni. Tak tipu tau.

Ginilah kehidupannya. 

Tapi, beshhh~





OK.. buleh tido dah kot. 

AKu baru habih buat quotation untuk baby dalam perut sorang kastemer ni. 


Pemukul lalat kaler pink tu aku tinggalkan kat opis. Semoga setiap kali diorang tengok pemukul lalat tu, diorang ingat kat aku... *konon! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram