Followers

27 Oct 2011

Dengan keldai ku jatuh cinta.


Hari ni Lulu menampilkan berita yang buat aku gelak berirama.





Seorang lelaki Zimbabwe memberitahu mahkamah, pelacur yang dilanggannya tiba-tiba bertukar menjadi keldai.

Walaupun begitu, lelaki terbabit berkata, dia kini benar-benar jatuh hati kepada haiwan berkenaan.

Akhbar The Herald semalam melaporkan, Sunday Moyo juga berpendapat dirinya seekor keldai.
“Saya tak pasti apa berlaku selepas meninggalkan bar, tetapi saya benar-benar mencintai keldai itu,” katanya.

Moyo, 28, ditahan di bandar Zvishavane, 300 kilometer di selatan Harare, pada Ahad lalu, dan dituduh melakukan hubungan seks dengan keldai.

Menurut Moyo, dia membayar AS$25 (RM78) untuk mendapatkan khidmat pelacur terbabit.


Bagaimanapun, dia terkejut keesokan harinya apabila orang ramai menuduhnya bersenggama dengan seekor keldai.

Hakim kemudian mengarahkan Moyo dihantar menjalani pemeriksaan mental.
 

MAkbed berkata:

Ada beberapa andaian boleh dibuat melalui berita ni...

  1. Lelaki Zimbabwe tu tak reti beza manusia perempuan dengan keldai. Mungkin disebabkan pengaruh dadah atau terlebih isap gam.
  2. Perempuan yang dikatakan pelacur tu shape shifter, leh jadi keldai. ALAhai...tak macho lansung la bertukar jadi keldai~
  3. Keldai tu merupakan binatang peliharaan pelacur tu yang memang sengaja dibawak bila dia rasa malas nak berjimak ngan pelanggannya. Bila dia malas, dia letak keldai tu sebagai pengganti diri beliau.
  4. Lelaki Zimbabwe tu memang suka main ngan keldai tapi taknak mengaku.
  5. Keldai tu sengaja nak menjahanamkan masa depan lelaki Zimbabwe tu atas sebab-sebab tersendiri. 
  6. Tuan Keldai tu pakaikan keldia dia minyak senyonyong @ minyak pengasuh @ minyak dagu.

Papepun, kita tak tau waht actually happened.


Lulu, jangan marah ek saya cilok berita ni. HEHHEE~ Saja nak kongsi. 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram