Followers

14 Oct 2011

Bambam Bee yang terlampau



Fuhh....! 

Setelah hampir seminggu Bambam Bee masuk wad, akhirnya hari ni beliau keluar juga. 
MAri kita lihat apa yang terjadi kepada beliau sebenarnya.

Al-kisahnya, Bambam Bee dah beberapa lama mengeluarkan signal 'marabahaya' kat monitor. 
Signal kaler oren. 
Kitorang wat bodo je sebab signal tu memang salu je kuar tak pepasal. 
Mulanya ingat signal tu rosak. Kena repair. 

Tapi, sebenarnya, signal tu nak gtau yang Bambam Bee tu dah bermasalah....  
Semalam, Inchi Kitchi cakap, signal oren tu akan kuar bila kereta mengesan kerosakan kecik ataupun letupan kecikssss in mechanical way. (sort of la kan) Tak reti nak explain caner. 
Kesimpulan dari pemahaman Makbed, bila lampu tu kuar, means Bambam Bee baru nak start ada problem. 

Disebabkan kejahilan diri, kitorang ni ingat lampu oren tu kuar sebab lampu tu yang bermasalah. TET!!!




Ini kerosakan yang memang sedia diketahui beberapa bulan suda. Oil Seal bocor. 
Peringatan kepada pemilik kereta, bila ada menda rosak, silalah repair segera sebab kalau menangguh repair, kerosakkan ini akan berjangkit. Cam orang la jugak kan. Lama-lama satu sistem buleh rosak. TAu-tau je, kena tukar satu set bagai. Ngaaahhh! 
Ada ke sen? 

Inche Kitchi decided nak bawak gi repair kerosakan di atas di Alor Setar. Kedai kawan dia. 
KAtanya, kat sana repair harganya murah sikit. Ok la tu. Anything yang buleh menjimatkan kos, why not?


Bila sampai kat sana, udah diselongkar, dibelek bagai, aku dimaklumkan, extractor plak crack. 


NAtang ni dok kat ekzos.
Aku tatau sangat bab keta, tapi kalau bab hal kebajikan sosial Bambam Bee, memang aku sanggup belajar memacam.
Kalau dulu, sebut bab keta je, yang aku kenal cuma stereng, ekzos, tayar 4, tayar spare, HON (wajib ok), handbrake, brek kaki, pedal, ekon, pintu, kunci pintu, wiper, tangki minyak. 
Yang tu je. 
Haa...skang, aku buleh la tengok enjin, minyak hitam, dah tau pasal minyak stereng, minyak brek, gear box, ekzober, dry-shaft, timing belt, timing chain tu kemenda segala, dan bila tau pasal organ dalaman kereta tu, HON sudah tak begitu penting lagik!!! AHHHAHAAHAHHA... 

Mekasih la kat Inche Kitchi yang tak jemu-jemu memberi tunjuk ajar kepada aku. 
Nak kata minat, tak juge. Tapi kena amik tau jugak kan. Kang kena kencing ngan pomen.


Extractor tu kena cari lain. KEna tukar yang lama. MAka, Inche Kitchi kenalah pegi cari kat kedai potong kat memana. 


 On the way nak balik dari Alor Setar, masa tu la Bambam Bee rosak. 
Sampai kat Trong, dia dah putus harapan dah. Tak mo jalan. 
Inche Kitchi SMS aku yang sedang menanti dengan penuh sabar di rumah bahawa beliau terkandas kat Trong.
Huuuh!! Cuaknye aku. 
Bambam Bee tak penah rosak tengah jalan sebelum ni. Nasib baik la aku ngan anak-anak tak ikut sama. Kalau tak, kami mungkin lebih menyusahkan beliau. Kan? 
Dan nasib baik jugaklah... bukan malam time kejadian tu.
Kitorang ni tabiat suka berjalan malam. Vampire kan takleh kena cahaya mentari.
Itupun, Inche Kitchi kate nak balik malam tu kalau tak penat. Sekali dia gerak pagi esoknya sebab letih nak drive malam tu. 
Tengok, camana Allah tu kasih kepada suamiku. 

Inche Kitchi soh aku cari number telepon Etiqa untuk minta tow truck. Aku pun menjalankan tugas.
Sejam jugak la tow truck nak sampai.
Apapun, beliau sampai jugak Manjung dan Bambam Bee terus dibawak ke MIchelin. 

Dan....


 Inilah kerosakan yang menyebabkan BAmbam Bee wat hal hari tu..


Ikut anak panah, yang tu la TIMING BELT.
Patutnya natang tu lebar lagi dari gambo di atas akan tetapi menda tu tinggal setengah je lebarnya.
Setelah didiagnos, timing belt Bambam Bee terputuih dua..... 
Kes yang agak jarang-jarang berlaku, tetapi berlaku kepada kitorang punya Bambam Bee.
Selalunya, timing belt akan putus terus.
Bila putus terus, enjin jem dan pastu silalah siap duit untuk oberhol ye...
Sekali lagi, Allah tu penuh kasih dan sayang kepada kami, timing belt tu tak putus, hanya terbelah dua.
Maka , selamatlah duit kami dan Bambam Bee dari kena overhaul. Phew!


Tapi terbang gak la duit kan.........................


Hari ni, Bambam Bee dah kuar wad.
Aku bawak dari bengkel ke rumah.
Siap leh sprint test lagi. HAHAHAHA...
TAk sabau rasanya nak bawak kat hiway Lumut-KL-LUmut besok neh *kuar tanduk rusa.





Moral dari cerita di atas ialah:

  • Sila percaya dan yakin dengan bengkel kereta yang penah bagi servis terbaik buat kereta anda. Kalau tak, jadi cenggini la. Konon nak escape bayar charge mahal, bawak gi repair sampai Kedah, sudahnya kena lagi mahal sebab ada lagi menda lain yang rosak. KEna bayar tow truck lagi. Dush~ Dush~Dush~ 
  • Bila lampu alarm menyala mengatakan keta ada defect kat memana, silalah percaya kat lampu tu. BAwak ajelah keta pi bengkel dan serahkan kepada yang pakar untuk menjalankan pemeriksaan rambang ke atas kereta kesayangan anda tuh.
  • Sila simpan number bengkel kereta anda dan beberapa number tow-truck atau number syarikat insurans kereta anda dalam henpon in case of emergency. Penting nih. Tak kira la driver laki ke pompuan ke. Yang pompuan tu, jangan culas. Naik keta asek nak tido je. Kekekek~
  • Jangan jalan memalam. Tak selamat. Pikir kemungkinan kereta tu nak rosak tetiba. 
  • Kepentingan menyimpan number telepon bengkel atau mekanik peribadi kereta anda kerana BILA KETA ANDA ROSAK TIME CUTI UMUM, bengkel berdekatan dah tutup plak, so masa ni la number telepon mekanik anda tu buleh menyelamatkan anda. Percayalah.

Nasihat di atas based on experience. Bukan cakap sebarangan. Tak caye tanya Inche Kitchi. 


Inche Kitchi, ok tak karangan saya ni? Berapa markah buleh dapat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram