Followers

25 Oct 2011

Bambam Bee sedang menunjukkan tanda dia nak adik baru.

~nak nangeh buleh?~



MySpace 


Sesapa antara korang yang pernah mengalami masalah keta takleh start sebab masalah kunci atau pun starter tu sniri?


Okeh..hari ni kita belajar hal kereta lak versi MAkbed.



Nama saintifik dia ialah : Ignition Key Switch.


Ye laa.. aku lah yang bermasalah tu.


Dan aku pasti bukan KUNCI kereta masalahnya.
Aku sungguh yakin, lubang kunci dan segala teknologi berkaitan lubang kunci yakni starter tu bermasalah.



GAmbo contoh selepas digoogle serata alam

Nama dalam surat beranak dia : Ignition Lock Cylinder


Takleh pulas. 



Kadang-kadang buleh. 



Selalunya tak buleh.


MySpace




Tapi, yang pelik tu, bila Inche Kitchi pulas, buleh plak?


Memang telah diperakui bahawasanya starter bermasalah.
Ketat sikit sebelum ni tapi takde lah sampai teruk cam skang.
NI gegara orang yang tidak berapa mengetahui cara nak start kereta tu la yang tak sabo nak pulas kunci masa repair kat bengkel ri tu.
Skali, kunci ni mmg dah problem. 

Dapat kat INche Kitchi, memang la itu bukan masalah.
Dia pulas kot mana pun sure buleh. 

TApi aku , tak boleh.
Aku lak memang jenis tak sabar, gelojoh campur baran. MAklumlah, aku ni keturunan Bezita kan... *tetibee
Pulas sekali, tak buleh.

8 kali pulas baru buleh.

Pastu, jalan la ke destinasi.

PAstu nak tutup enjin plak.
TAK BOLEH. Ketat!

Try beberapa kali, baru buleh tutup enjin.

Dah tutup enjin, pi jenjalan, nak masuk keta, nak start enjin, TAK BLEH PLAK DAH!!!!! 

Tuzki Bunny Emoticon 

 Sangkut..
Sangkut...
STuck!!

Sampai berpeluh haku dalam kereta.
MySpace



KAlau time aku bersendirian berhad takpe la.

Macam semalam, time hujan lebat lak, keta tu buleh wat ketegaq tak leh pulas kunci.
Anak-anak ada dalam kereta ni.
MEmang aku nangeh la dalam kereta tu.
Atoyaii....~


Skang ni aku sedang mengawal perasaan.
Rasa sedih, geram bila tengok Bambam Bee tu.
Elok satu bahagian, rosak plak lagi satu.
Even it is just a lubang kunci, but still kalau takde lubang tu, mana ko nak jolok kunci untuk start enjin ye dak?

PAham tak betapa pentingnya LUBANG dalam kehidupan manusia?

Dan aku marah sangat kepada si penjahanam lubang kunci Bambam Bee.

HAaaa..dah nyusah kan aku tau!



Dah cakap kat Inche Kitchi dah.
Dia cakap takyah wat pape lagi. Nanti dia repair.
Iskk..pening..pening.
elagi aku tatau apa kena ngan starter tu, aku takleh bertenang.
Ni lah dia sifat-sifat semulajadi aku. Kepochi tak habeh~
Aku cuma buleh doa setiap kali jangan le jadi menda teruk-teruk.

Untuk mengelakkan sebarang masalah, aku tak moh bawak Bambam Bee.
Kalau Inche Kitchi nak pakai, amek la bawak pi KL.
Aku pakai keta Ida je la.
Seb bek dia ada.
Kurau pun takde, pi Singapore.
BAmbam BEe plak merupakan kereta otometik.
Keta Ida dua bijik tu semua manual.
Walaupun, aku dah lama tak bawak keta manual, tapi bila di saat-saat kecemasan camni, kereta manual tak jadi masalah buat aku
. Kalau aku terpaksa bawak lori pasir atau lori 12 tayar sekalipun, aku memang slamber je bawak.
Janji apa yang aku nak tercapai~ Iaitu, gi beli pampers dan susu anak-anak kat TESCO dan gi agensi untuk bayar duit insurans kastemer aku.

Skang, aku memang geram.
Sebab aku takleh bawak keta kesayangan aku pi memana - hanya kerana aku tak pandai pulas kunci yang bermasalah tu.

Kutuk le aku cakap aku gelojoh ke, tangan tak bedung ke hape atau maybe aku ni saja buat lorat , tapi aku yang tau kalau kereta yang berfungsi dengan baik takkan menyusahkan tuan dia. 


Time macam ni lah aku memerlukan punching bag atau kicking pad. 



MySpace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram