Followers

6 Oct 2011

AKu masa remaja..ihihi~




Ini adalah saya ketika form 3 agaknya.
Mekasih kepada hadiah pemberian asben, aku berpeluang menempek gambo ni untuk tatapan kalian. 
Lihat lah Mak aku. Anak berderet-deret tapi masih kurus. 
SOb Sob Sobb.. Aku plak sangat kecik. 

Kat sekulah, takde sapa nak ngorat pun.
Orang lain sibuk tulih surat cinta, aku plak sibuk menjadi sang pungguk rindukan bulan , memerhatikan 'jiran' nun di sebelah sana. KEKEKEKE... 
Nak ngorat? Tak berani sey. 
Dia nak ngorat aku? Lagi la tak de harapan!

Duduk je la kat kusi menjeruk rasa. 


Makbed, Asma, Atie, Salina, Bihah, Ainin dan Muna


Inilah dia 7 bersaudara yang menceriakan suasana. 
MAsing-masing dah ada life sendiri. Dah kerja belaka. Mostly dah kawin. 
Aku dan Muna dah 2 orang anak. 
Atie, dalam proses nak tambah lagi sorang bagi jadi 2.
Bihah rasanya dok sorang lagi anak. Asma pun cemtu. 
Ainin baru bertunang.
Salina baru abih Master rasanya. Alamak..bila nak buat master ni??

Tak banyak sangat citer aku masa bersekolah, hanya diorang ni aje lah yang membuatkan diri rasa macam kat sekolah. Slebihnya, sekolah is membosankan yet semua orang kena pergi , tak buleh tak pergi. Walaupun sekolah begitu membosankan, aku takdela plak gi isap rokok kat jamban ek. Aku baik tau. 

Apsal pakai kain kat tengah padang? 

Aku dulu sekolah agama. Jangan tak terkejut tengok results SPM aku, tetiba Al-Quran Sunnah dapat gred A1. Tu belum masuk subjek Bahasa Arab Tinggi lagi. Yang tu buleh la. Ce suruh kira matematik, memang awal-awal lagi aku sembam muka kat meja. Lagi-lagi time MEKTAM datang. Subjek matematik tambahan adalah ibarat waktu tidoq bagi aku.....

Nasib baik aku tak gagal. Dapat 8 je pun , aku dah cukup bangga. Seingat aku, aku tak jawab apa pun masa peksa SPM tu. Aku lukih gambo doremon je. MAybe gambo tu la yang membawa tuah kepada aku. SILA JANGAN MENCONTOHI PERBUATAN MAKBED INI. 





Makbed dulu adalah dari pasukan rumah merah. Rumah Merah tu umah Zuhal kot? Dah lupa da. PAda sesapa yang tatkala terlihatkan gambo ini, maybe ada kenal individu-individu tertentu, bulehla komen kat bawah. 

Inilah dia Makbed masa jadi budak sekolah berkain biru muda suatu ketika dulu. Tak hebak mana pun. Skang pon tak hebak~ Makbed rindukan teman-teman khasnya saudari-saudari di atas. Bila la buleh jumpe ek?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram