Followers

29 Sep 2011

Tiadanya dia di samping ku...


Setengah jam selepas pemergian suamiku ke KL, aku sudah berjaya close 1 kes. Yatta!!!

See.... setengah jam dia takde, aku dah buleh buat duit sniri. So, kalau 6 bulan dia tak de, musti aku kaya kan? HAHA.. Ini namanya ayat untuk berpikiran positip. Reti?

Takde Inche Kitchi kat umah, bermakna aku tak berapa semangat nak masak makan. Dah dekat pukul 10 ni, aku still tak dinner lagi. Last makanan yg masuk ke perut ialah cucur udang si Momy Iman yang aku balun dengan penuh perasaan sambil-sambil wat presentation untuk tuan rumah. Sayangku, printer yang dikau hadiahkan sangat berbakti kepadaku. Bahan cetakan pertama nya membuahkan hasil. Alhamdulillah....


Besok, tatau la camana aku nak ke opis. Kereta takda. Harapakan ehsan jiran serba boleh aku jelah, si Ida ni. Ada hal yang perlu dibereskan di pejabat. Kalau tak urgent, memang tak maunye aku menyusahkan diri dan jiran budiman.


Oni dan Wawan dah pun tido. Wawan kepenatan dari petang masa di rumah Momy Iman, dia tak jemu-jemu 'bersyarah'. TAktau la apa yang dia kempenkan. Oni plak, letih bermain. LEpas balik dari rumah Momy Iman, Ida ajak dia gi main kat playground plak. Mekasih la Ida.... Oni memang sangat suka gi playground, tapi aku tak berkesempatan nak bawak. Nak bawak si Adik plak lagi. Rasa cam tak secure la plak.

Tinggallah aku, Makbed yang kesunyian. Hanya bunyi kipas angin je menjadi teman.

Oh, ade Tyra Banks juga tolong temankan. Nun di kaca tv.






HAAAAAAAAAAAAAAa... aku dah kata dah kan. Kalau laki jauh je aku jadi jiwang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram