Followers

8 Sep 2011

taktau nak boh tajuk apa

Tadi aku balik. Bawak laju-laju la konon nak cepat sampai rumah. Cadangan awal nak tapau mekdi je untuk Inche Kitchi dan Alang. Kemudian, tukar pikiran plak. Layan Rojak Manjung besh gak nih. 

Lupa plak masa aku balik tu dah tengahari.
Gerak balik pukul 12.30tgh. 5 menet sebelum jam 1 , sampai la kat perkarangan Rojak MAnjung tu. 
Ramai betui manusia yang lapar. Aku nak tapau je pun. Tu pun, kena tunggu 15 menet. Tapi disebabkan nak jugak makan rojak tu, aku tunggu gak la. 

Dah dapat rojak, aku terus balik laju-laju.
Sampai umah, aku melihat satu panorama rumah yang sungguh 'mengasyikkan'. 

Suma anak-beranak dalam rumah aku tidak memakai baju kecuali Alang.


Apak - memang tak pakai baju kat umah.
Oni - pakai spender ngan pampes je.
Wawan - memang sengaja di'bolen'kan tinggal pampes sebab dia demam.

Ah, lantakla. Janji depa hepi
. Oni terloncat-loncat sambil menjerit memanggil aku. 
Wawan plak sedang disusukan oleh Apak. Tapi, dia takmo nyusu. 
Kata Apak, Wawan tak tido betul-betul. 
Sekejap-sekejap jaga.
KEsian dia.
Aku raba dahi Wawan - panas. 
Aku basahkan tuala dan lap-lap sikit badannya.
Sesekali Wawan nangeh sebab dia mmg tak suka air. 

 PAstuh , aku makan sikit rojak yang aku beli tuh. 
Dah kenyang dah baru otak aku berjalan. 
Wawan dah nampak selesa dan hepi ngan kepulangan aku. 
Aku bukak pampes dia dan bawak ke sinki untuk dimandikan.
Heee... Pelik, hari ni tak nangeh plak kena air? 
Mungkin Wawan memang menunggu masa mandi kot.....

Lepas mandi, Wawan tersenyum keriangan. 
Macam taknak keje je rasa bila tengok dia senyum. 
Alahai anak Ibu. Camana lah ko buleh jadi sangat adorable nih? 
Musti ko mewarisi sifat2 adorable dari Ibu kan kan? *Sila lempang diri sendiri. 

Tetengah dalam proses memakai pampes Wawan, tetiba dia kasi 'water cannon' la plak kat haku! Adoiyaii..... Basah baju Ibu woi!  
Takpela, kang Ibu salin baju je sebelum gi opis. 

Aku dah pakaikan baju ngan seluar Wawan. Just pakai baju yang ada lobang-lobang tu kasi sejuk.
Stokin ngan sarung tangan takyah bubuh. 

"Wawan, Ibu nak gi work ni. Elok-elok ye duduk ngan Ayah. KAng Ibu balik..." sambil aku cubit pipi dia yang buntal tu. 

Walaupun aku malas nak gi keje balik, tapi aku kena gak la pegi kan. 
Kang Cik Phia sepak buntut kang, bengkak! AHHAHAHHA.
Dengan malasnya aku drive 35kilometer balik ke opis. Baju da salin dah. 
Ngantuk nye masa driving. Malas betol!

Akhirnya sampai juge aku kat opis. 
Pukul 3 dah masa tu. HEEee... 
Duduk kat meja. Boring tatau apa nak wat. 
Aku baca la novel bertajuk 'BINI AKU TOMBOY KE?'. 
Besh gak buku ni. Gelak-gelak aku baca. 

Tetiba Wak ngan Cukod datang tempat haku.
Datang diam-diam je takpe. 
Buat pitnah lak.
Cakap aku gi balik tido. Baju aku kedut, sebab tu le aku salin baju.
Hee... aku tukar baju pun salah ke? 
Anak aku kencing, takkan nak gi opis ngan air kencing anak aku skali kot?
Ce tengok baju aku bebetul, kedut jugak la. 
Mana de aku iron baju keje aku selama ni?? Oppss...kantoi di situ.

Aku meneruskan pembacaan. 
Malas nak layan. 
Melihat aku bagaikan tidak mahu melayan , Cukod merampas buku bacaan aku. 
Hukhukhukhuk!! 

"Buku apa ko baca ni Makbed?"  katanya sambil membelek-belek. 

Malas nak jawab. Tajuk dah ada kat situ, bace ajela. 
Kalau tak reti, sesia ajelah ibu bapa menghantar anda ke sekolah, tak gitu? 

Pehtu.......






 

 ...dia plak yang baca. 






Haih! Cam nilah keadaannya bila aku duduk kat sini. Ada saja yang mencemburui aku.
Tak boleh tengok aku aman bahagia lansung. 
Kalau tolong aku tampar lalat takpe gak!








gambar di atas adalah gambar curi!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram