Followers

5 Sep 2011

Setelah lama bercuti ...

Yaaa...Pastinya ramai yang ternanti-nanti entri bertalu-talu Makbed setelah sekian lama. 
Dimaklumkan bahawasanya aku sudah kembali beraksi ...



Berikut adalah aksi pertama aku...









Ni sebab blur sesampainya aku kat opis dan duduk di takhta kerajaan langit aku.
Dah 3 bulan lebeh kot tak keje, otak pun becak lagi. 
Nasib baik aku ingat mana aku letak kad masuk. Kalau tak, memang menyanyi la aku kat luar opis tu. Semangat baru bekerja la konon, aku sampai opih kol 8 pagi hoke. 
Cik Phia pun terkejut siput nampak aku datang awal. 
Cam biasa la, orang ucap Selamat HAri Raya dan Welkam Bek... ada yang tersenyum lebar nampak muka aku terserongeh kat depan ni. 
Tak kurang jugak yang macam tak de perasaan. 
Ada plak yang suruh aku berdiri nak tengok aku kurus ke tak. HAmpes...  Tak kurus pong. 
Seb bek Mak aku ada bagi blous keje lama-lama beliau. Besar sikit dari saiz terkini aku tapi at least aku rasa lega memakainya sebab tak nampak sangat muscle-muscle lemak-lemak aku nih. 


Eh, ado plak staff yang menerima 'watikah perlantikan' menjadi mak buyung seterusnya kat sini.  
Sebelum aku cuti ari tu telah diketahui bahawa Kak Ina sedang pregnant 5 bulan (kalau tak silap la).
Due bulan Oct kot. Rupanya ada lagi ... Kak Ezra plak skang peknen 6 bulan.
Kiranya, masa aku tak cuti lagi dulu tu dia dah peknen 2 ke 3 bulan, tapi taktau. Tak nampak perot pun! Akak ni kurus jer. 
Nih yang jeles nih.  Ce tengok gambo aku tu kalau korang pasan, dagu berlapis tu tak habih lagi. Nyampah~
Semua org hepi dengan kelahiran orang baru. Aku lak, tak payah le bercita-cita nak tambah baby lagi buat masa ni. Kebas perut operation ari tu pun belum habih lagi weh. Skang, mau tak mau kena telan 'Cik Yasmin' sebab Cik Bulan sudah datang.... Bak kata pepatah aku tempoh hari 'terlajak perahu boleh diundur. Terlajak ehem ehem keluar baby sudahnye....'

Anak-anak cemana?

Cik Oni tido masa aku keluar.
Cik Wawan pulak maintain cool sengih-sengih kat aku masa dalam kereta. BUat aku rasa cam tak nak gi opis lak. Haih!
Cik Oni dijaga Pak Lang. Wawan je tinggal kat pengasuh sebab pengasuh tu pengasuh simpanan. 
Oni kang nangeh teruk lak bila tinggal ngan pengasuh nih sebab dia tak kenal. Dah le akak pengasuh ni tengah peknen. Stakat skang ni, Oni takde nangeh-nangeh lagi, kata APaknya. 
Mujurlah si Apak tu tak keje hari ni. Buleh le tolong tengok apa yang patut. 
Kalau buleh nak je tinggal Wawan kat Apak. Oni Pak Lang jaga. Wawan, Apak jaga. Jimat la kos pengasuh seminggu. 
Tapi.... udah si Apak tu tetiba tak reti bertindak pulak bila Wawan berak. Aiseyman.. 

KAlut-malut aku menyiapkan diri. Pukul 6 pagi haku dah bangun masak nasik ONi. 
LAuk tengahri , jam 10 malam semalam aku dah siapkan untuk santapan Inche Kitchi dan Alang. 
Nasik je kang soh depa masak sniri. 
Kol 7.15pagi, aku dah dalam kereta ngan Wawan. Sesampai je umah pengasuh, Wawan bluwek plak. Habeh masam baju haku. Ngeh..ngeh... Takpe, sedap baunya. Takde sapa nak cium Ibu kat opis nih. Harap-harap, Wawan dijaga penuh kasih sayang. 





Ni baru pose yang betul.. tepuk tangan sket!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram