Followers

15 Sep 2011

~sekali lagi teruji~

.."kawan aku kata..bila jadi macam ni maknanya anak tak redha ibu keluar bekerja tinggalkan diorang... sbb tu la macam-macam halangan..."






Bersyukur dengan limpah rezeki kasih sayang Allah, DIA mengurniakan aku anak-anak yang kiut,cerdas dan tak banyak karenah menjaganya.
They are so loveable.
Sesiapa tengok pun akan terus sayangkan Oni dan Wawan.
Walaupun tak pernah ketemu, tapi kalian pastinya sudah cukup kenal akan Oni dan Wawan kan? 

Tak susah menjaga Oni.
Asal dia selesa dengan si pengasuh, maka selebihnya mudah saja.
Makan tak memilih. Buat hal sendiri saja.
Wawan pulak memang tak diajar mengada-ngada.
Flexible.
Wawan lagi senang jaga.
Tido semedang. Bangun hanya sebab lapar dan lampin basah.
Sesiapa pun akan cakap Wawan sangat cool.
Sejak lahir dia begitu. Tak payah dukung-dukung dan dodoi pun dia buleh tido sniri. 


Bila Allah mudahkan aku dengan anak-anak yang tak susah dijaga, aku diuji pula dengan pengasuh yang taktau la camana lagi nak describe.
Nak hantar TASKA aku tak berani.
Anak aku kecik lagi. 

Just about to feeling relieve since Wana yang jaga kedua-dua anak kesayangan aku, tetiba petang tadi dia sms cakap dia nak balik kampung sebab mother-in-law dia sakit.
Hasbennya dah minta cuti sampai Rabu. 


Kecewa!


Tapi kali ini aku tak menangis lagi seperti sebelumnya.



Kerana setiap kali solat dan aku sudah pun berkali-kali melakukan solat hajat dan sunat istikharah , aku bagaikan sudah 'nampak' kesudahannya.
Cuma, hati ini masih menafikan dek kerana sayangkan tempat aku mencari rezeki dan juga berat hati nak tinggalkan rakan-rakan sekerja. 


Macam pentingkan diri sendiri saja kan?


Masalah yang sama timbul juga.
Aku takda masalah dengan anak-anak.
Cuma, pengasuh-pengasuh aku aje yang problematic.
Of course aku tak salahkan diorang sebab diorang pun manusia juga. Ada keluarga. Sama jugaklah macam aku... Cuma, aku tertanya-tanya, kenapa bertimpa-timpa dan berturut-turut?
JArak masanya tak jauh kan?
Tak sampai 2 minggu pun aku kerja dah ada masalah macam gini. 

MAsa solat, aku berdoa memohon petunjuk Allah agar mudah aku membuat keputusan.
AKu rasa, entah dah berapa petunjuk dah yang dipertunjukkan kepada aku, tapi aku masih buat-buat tak nampak. Yet, masih berdoa pada DIA memohon petunjuk.
HApekah?

Takkan nak amik cuti lagi?

Inche Kitchi memang unavailble dah sebab dia sudah start kelas peralihan. 
Jadi adalah menjadi tanggungjawab aku untuk tidak mengganggu urusan beliau.
Tak lama lagi, aku bakal hidup berdikari dengan anak-anak bila dia akan berkursus di Kuala Kubu selama beberapa bulan. 
Jadi, korang rasa camana?
Aku ada lagi sorang pengasuh nak cuba tapi yang ni memang Oni lansung tak kenal. Teringat plak pagi tadi masa nak hantar dia gi kat Wana , she refused to move for her sit.
PAstu cakap, " Ibu tayah work..."


Jenuh memujuk Oni pergi juga kat Wana tanpa rela.
Tu pun lepas dia nampak Wawan masuk dalam rumah Wana.
Dia memang tak buleh berenggang dengan adik.
Sense of responsibility tu dah nampak dalam diri Oni.
Dia kakak yang baik walaupun masih terlalu muda.
Boleh dibiar duduk dengan adik, tayah risau. Kalau budak besar dia maybe dah korek-korek mata si adik. Tapi, Oni tak.


Tetengah dok pikir-pikir tu lah sampai sms kat atas sekali tu. Ida Kurau yang hantar sebenornya. Lantas buat aku terpikir lagi.... Kenapa begitu sukar? Apa yang Allah nak tunjuk kat aku ni? 

Hanya satu ungkapan aje yang berlegar dalam otak aku skang ni.....



"BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH.."





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram