Followers

2 Sep 2011

Raya ke-4 dah!

Hari raya ke-4, aku sudah berada di Batu Lanchang, Penang. Sampai tengah malam tadi. Penatnya bukan kepalang walaupun bukan aku yang drive. Tido kat blakang pun tak cukup.

Pulang berhari raya di rumah mertua, aku bawak skali si Alang. Hehe.. ajak Alang join raya skali. Tak kemana pun kami. Cuma tadi sempat ke Balik Pulau gi umah Maksu Jamilah. Selebihnya kami just melepek, makan, sempat la basuh kain yang berplastik tu dan main Angry Bird. Hik hik! NAk gi mana je? Puas dah beraya sakan di hari 1 , 2 dan 3.. destinasi terakhir di hari ketiga tu ialah umah Khala Che Su di Manjoi , Ipoh.

Besok, kami bertolak ke arah yang lebih utara. Maybe ke Sik? Atau terus ke rumah sewa Alang di Alor Setar... Ada majlis kawin sahabat lama yang perlu kami hadiri.

Oni dan Najwan sehat sahaja. Alhamdulillah, mereka takde meragam-ragam. Aku je demam 2 hari masa memula raya. MAin hujan kat Kuantan. Anak-anak ok plak. Lega jugak aku Alang cuti belajar sampai 10hb. Buleh la mintak tolong mengasuh si ONi bila aku mula kerja nanti. NAk wat camno, pengasuh aku tak balik raya lagi. 12hb baru ada.. Leceh!!!!!


Sori takda gambaq.
Bersiaran dari lektop Alang sebab lektop aku tertinggal kat umah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram