Followers

5 Sep 2011

Perginya Seorang Wira


Dia bukan sesiapa yang kita kenal sebelum ni.
Hanya seorang yang berbakti di balik tabir.
Sapa yang nak kenal dengan jurukamera kan?
Yang ternampak, hanyalah hasil abadi , hasil kerja si jurukamera.
Bagaimana rupanya si jurukamera
hensem kah?
Cun kah?
Tiada siapa yang tahu....

Aku pernah berhadapan situasi..
Seorang sahabat perempuan yang mahu bersuamikan lelaki yang kariernya jurukamera.
Prejudisnya si orang tua terhadapa jurukamera.
KAtanya....
Jurukamera berapa saja gajinya.
Setakat tangkap gambar orang kawin di majlis kenduri.
"Aku pun buleh..." katanya.

Ya.. bagi sebilangan kita, senang je kan kerja tangkap gambar ni?


Akan tetapi...

Kini terbukti
kerjaya jurukamera juga mampu mengharumkan nama negara.
Satu klik menghasilkan imej, dan imej itulah yang berkata-kata.
Imej itu yang menjelaskan sakit, gembira, lapar, dahaga, sedih, teruja...
hanya dengan satu klik!
Dan kini mungkin hebat sikit sebab ada DSLR, jadi sesapa pun buleh jadi jurukamera.
Even tak pro pun, buleh menghasilkan gambar yang cantik.


Jurukamera yang satu ini
sebelumnya hanya dikenali di kalangan sahabat handai dan keluarga.
Dia mungkin tidak sepopular Norman Hakim atau Encik Mazidul mahupun Karam Singh Walia
Dia CUMA seorang jurukamera
yang berani
menawarkan diri untuk menyertai misi membuat liputan misi bantuan kemanusiaan di Somalia.

Dan
jurukamera ini
yang takda siapa pernah kenal wajahnya
namun sudah berapa banyak wajah yang dia abadikan buat tatapan kita...
Akhirnya dikenali juga...
MAlah lebih popular dari sesapa yang popular di negara kita.
Namun,
Wajahnya dikenali setelah dia tiada lagi.....



Terabadi gambar akhirnya biarpun agak mengerikan, berlubang di bahu kanan...
dengan darah...
Namun, itulah gambar yang menjadi bukti nyawanya pergi bukan atas sebab yang sia-sa.


Semoga roh mu tenang di sana di bawah rahmat Sang Pencipta
Lapanglah kubur mu dengan doa dan Al-Fatihah dari seluruh rakyat Malaysia yang menyanjungi baktimu...
Berbanggalah wahai si Ibu yang melahirkan..Anakandamu syahid di jalan Allah.
Redhalah wahai si isteri, suamimu pergi dalam keadaan yang baik.
Dan buat anak-anak arwah, kalian patut berbangga punyai ayah yang sangat berani.


Respek sangat kat jurukamera and wartawan. Susah nak explain kerja diorang ni tapi takde diorang , just imagine lah bagaimana cluelessnya kita.


Entri ni hanya nak bagitau bahawa MATI ITU PASTI. Suma orang tau tu. Tapi, tahukah bagaimana kita akan mati? Bertuahlah diri bila mati dan disambut sebagai hero negara. Siap keranda dibalut Jalur Gemilan. Tak semua orang berpeluang cenggitu.

Tu yang merempit tak hengat tu, tak rasa nak buat sesuatu yang berguna ke? Tak habih-habih nak berlagak hero. Meluat lak tengok. Kalau jadi pape, tergolek mati tengah jalan, takde sapa nak kata kesian. apatah lagi nak sedekahkan Al-Fatihah. Orang maki lagi ado la. Siap cakap 'padan muka ko!'





Al-Fatihah untuk Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor



Takziah buat keluarga arwah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram