Followers

18 Sep 2011

Oni , Wawan dan bebelan Ibu pada petang ini.

Takde apa nak hapdet sangat sebab:

  • takde mood
  • takde idea
  • boring giler
  • susah hati tak abeh gi

Wawan demam balik. Semalam start batuk dan bersin-bersin. Pehtu taknak menyusu lak. Nangeh je bila letak atas tilam. Jenuh aku pujuk, last skali nak kat Apak gak. Bila Apak sua botol susu, Wawan menyusu dengan penuh kepatuhan. Huuu...

Skang masih lagi demam, tapi kadar kepanasan dah kurang. Aku plak rasa pening-pening tapi tak demam kot. Tetiba mata rasa kabur je. Pening sebab power spek nak kena tambah kepowerannya kot? 4 tahun dah tak buat spek baru. Tunggu le ada rezeki nanti, buleh la buat. 


Lumut dah mula hujan. Alhamdulillah. Sukanya bau hujan. Begitu menenangkan. Ingat nak bawak anak-beranak suma gi beraya umah Mak Miza kat Air Tawar, tapi Miza pun dok sibuk beraya kat area Manjung. Huu.. Bila la buleh jumpa sahabat aku tu ye... 


Meh tengok gambar meh..

"Oh..tangan aku ni buleh bukak tutup rupanya...."


Wawan baru belajar main cak-cekak-udang-gamit. Hehehe.. tau ke? Tatau tanya opah-opah korang ek. Skang dia baru teruja tengok tangan sniri. Dah buleh sentuh pipi kakaknya. 


"No picture please!"

Dah boring dah, mula gosok-gosok mata tanda ngantuk. Pehtu libas-libas badan sniri kiri kanan. Skang tengah cuba nak mengiring, tapi badan tak cukup ringan lagi. So, dia libas-libas je la dulu. Skang ni tengah demam, taktau la apa 'kuasa baru' yang Wawan akan dapat lepas ni. Kuasa yang dia ada skang ialah 'kuasa-luah-ubat' je. 




 Oh, Wawan.... kamu ikut muka siapa ni?









Member aku call gitau anak dia kena air panas tadi. 46% melecur. Doktor layan cam hape je.. 
MEmentang la bukan keje gomen katanya. 
Ari tu aku soh wat insurans kat anak dia ckp kat haku... "kalu jadi pape terus gi klinik 1 Malaysia je. " 
Kerek le lagi. Skang sapo susah...? 

 Besar mana pun gaji anda, adalah tanggungjawab anda untuk belikan insurans untuk anak-anak. 
Sesetangah company memang ada bagi medical card, tapi takde saving untuk anak-anak. 
Kalau jadi pape kat anda, tak leh keje, maka brentilah insurans tu. 
Pilihlah yang terbaik. 
Yang boleh menjamin masa depan kewangan yang berterusan untuk anak anda ketika anda ada, dan telah tiada. 
Bagi yang gaji tak berapa nak besar tu, pilih polisi yang mampu bayar dan berbaloi-baloi. Jangan bayar bulan-bulan, last skali apa pun takleh claim. 
Ada gak cemtu. 
Survey, jangan tak survey tau. 


Jangan lupa solat ok.
Budak kecit pun kenal tikar sejadah. 
Yang tak kenal tu, bila nak start berkenalan? 



Dah, nak out. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram