Followers

13 Sep 2011

Oni pulak demam


Gi amik Oni dan Wawan kat umah Wana (skang kena panggil mem suda sebab asben beliau sudah pakai Lt. Kdr), Oni tarik-tarik suar aku cakap...

"Ibu.... demam...." 

Alahai..lemah aje suaranya. TApi dia tetap senyum dan seronok bila aku sampai di muka pintu. 

Wawan plak baru lepas mandi. Dah baik dah demamnya. *senyummmm...

Badan Oni panas betul! Kata Wana tadi dia sukat suhu Oni 38 darjah. Uhuhuhuhu~ 

Sebelum balik umah, kitorang gi makan dulu kat kedai mamak di Teluk Muroh tu. Ok gak lepak situ. Sedap makanan dia. 
Anak-anak ku behave well.
Tahniah. 
Wawan yang berwawasan duduk baik-baik dalam kerusinya dan ONi duduk comel-comel atas high chair bersama bantal busuk dan puting kecintaan.
Diorang tengok je Ibu makan dengan gelojes nya. 
Apak makan megi goreng.

Dok kedai mamak tu, banyak mata dok memandang Wawan. 
Diorang pandang Wawan, pastu tengok aku. 
Ape? 
Kome ingat aku culik ke budak tu? 
Anak aku lah! 

Balik umah, aku ajak Oni mandi. Kasi turun sikit suhu badannya. 
Dia tak begitu aktif kali ni. 
Sebelum ni demam skalipun, serata alam dia lari tapi bukan kali ni. 
Maybe dia sudah tahu apakah itu demam.
Tu pun Oni masih layankan aku berborak. 

Buat pertama kalinya aku tanya dia nak susu ke tak dia jawab "TAKNAK" sambil geleng-geleng. Selalu tu tanya apa pun semua dia jawab 'NAK'. TApi kendian, tak minum pun susu tu sudahnya. Hmm...

Lepas makan ubat, Oni duduk atas tilam - layan perasaan.
Dia hanya bertemankan bantal busuk aje.
Ibu main fesbuk pun dia tak de histeria macam kebiasaan. 
Hanya memerhatikan aku dari kejauhan. KEsian sungguh tengok rupanya. 
TAkde mood ye sayang...?

Wawan dah tido. 
Oni skang ditemani Apak sementara aku menulih blog. 
Kejap lagi habihlah ni.



Malam ni, rumah kami sunyi betul! 
Oni MC dari berbuat bising dah menyepahkan rumah. 
Kesiannya.... Esok kita pi klinik ye.


Bos, esok I EL tau! HIhihihIHIHihIHIhiHihIHiHiIhI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram