Followers

14 Sep 2011

Nak Barbie ke Hot Wheels?

Oni pun kena demam virus jugak but she's getting well. Dah tak takut jumpa Dr. Ling lagi. Apa saja doc suruh, dia buat. 
Anak Ibu dah matang ye... Bagus. So proud of you.
Dapat gula-gula lagi tadi, kan ONi?

Pas habih gi klinik, kami dua beranak gi Tesco lak. Nak gi beli tali pinggang kat Apak. 
Apak gi sekolah takde belt. Belt dia reput sebab tak pakai lansung.
Maklum je lah kan gi keje pakai unipom aje hari-hari. 

Then, ajak Oni makan kat kepsi. 
Dapat makan mash potato pun dia dah hepi sangat dah. 
Aku belikan dia satu Kids Meal so buleh dapat menan satu. 
Menan plak buleh pilih - Barbie ke Hot Wheels. 

Si Abang-Jual-Kepsi tu kasi la Barbie kat Oni. 
Oni wat muka menyampah. Dia bagi balik menan tu sambil geleng-geleng. 

"Dia nak apa kak? Apsal dia taknak mainan dia?" tanya budak tu.

Aku sengeh. 

"Ce awak letak barbie tu sebelah hot wheel. Salunya akak suruh dia pilih sniri apa dia nak.." 

"Owwhh..." budak tu angguk-angguk pehtu letak semua mainan atas kaunter. 


Dan Oni pilih Hot Wheel sambil angkat tinggi-tinggi kereta mainan tu. 

"Ai, anak akak minat kereta ke?" tu le soklan terakhir budak tu yang aku tak tau nak jawab.

Aku tak sure Oni suka apa. Yang pastinya dia memang takkan main anak patung Barbie.





Ni citer lain.

Subuh tadi, ex-pengasuh aku meninggalkan mesej. 
Anak dia yang baru lahir tu kena admitted sebab air kencing kotor. 

Aku just jawab OK.
Tak terkejut pun. 
Aku cam dah buleh agak sebab anak dia kena kuning lama sangat.
Dah habih pantang dah ni tak silap haku. 
Nampak pun macam tak berapa nak sihat je. 

On the way nak pi klinik tadi aku terserempak ngan suami pengasuh.
Aku perati je dia dalam kereta. Kelihatan seperti orang susah hati aje.
Aku hon banyak kali pun dia tak perasan.
TApi, hon yang paling deras tu dia dengar jugak sudahnya.
Excited dia bila nampak Oni.
Rupanya, dia dalam perjalanan ke hospital nak tengok isteri dan anak keciknya. 

 Bila kereta pengasuh tu hilang dari pandangan, Oni lak bising-bising.
"Ibu....MAMA...MAmA mana...?"
Itu je yang dia sebut banyak kali. 
Dia panggil suami pengasuh PApa, dan si pengasuh tu dipanggil MAMA. 
Aku gitau yang Mamanya ada di hospital. 

On the way pulang dari TESCO, ONi sebut lagi skali pasal MAMA dia.
Aku ingat dia dah lupa!
Dalam hati terbit rasa kesian plak kat pengasuh aku. 
Tapi.... aku rasa tak mungkin dah aku perlukan khidmat dia. Biarlah dia fokus jaga anak dia yang kecik tu. Hati aku yakin yang masalah akan timbul lagi nanti.
Tapi aku tak dela kejam... Sesekali aku bawak le jugak Oni tu jumpa dia nanti. 
Walaupun aku bengang tapi aku tetap takleh lupa jasa baik orang kat aku. 

Tapi aku masih lagi heran...
Dah 3 bulan lebih Oni tak jumpa MAMAnya, dia masih ingat KERETA yang PAPA dia bawak tu even jumpa kat tengah jalan sekali pun. 
*garu kepala...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram