Followers

15 Sep 2011

Masa pregnant adalah sangat besh kerana buleh buat macam-macam.


Tips untuk mendapat anak yang kiut seperti Makbed gagagagga


Amalan semasa hamil adalah menjadi titik mula terbentuk perangai anak-anak ketika lahir. JAdi, adalah penting kita sebagai si penghamil (ada ke perkataan camni?) untuk mematuhi rules dan regulation sewaktu ngandung 9 bulan tu.
 Berikut adalah amalan yang buleh diamalkan masa ngandung. Kalau taknak ikut pun takpe. 

  1. Jangan mengada-ngada. Kalau ko ngada-ngada , besok baby ko pun kuar ngada-ngada jugak. Kalau sakit perut, sakit pinggang, nak muntah ke hapa, buat je tapi jangan sesekali menyusahkan suami anda. Selagi buleh berdikari, berdikarilah. Kalau tak, nanti baby anda pulak akan menyusahkan anda bila lahir nanti.
  2. Memang masa ngandung ni kita diuji dengan macam-macam, dan diberi macam-macam keistimewaan tapi perlu diingatkan, suami bukan tempat anda melepaskan segala kemarahan dan emosi. Jangan gunakan perubahan hormon mak buyung anda sebagai lesen untuk menjadi kurang ajar. Redha suami adalah keutamaan. 
  3. MENGIDAM ada 2 jenis - mengidam sangat dan mengidam saja-saja. Kena kenal pasti tu. Mengidam sangat - kalau dia tak dapat menda yang dia nak tu, dia cakap 'takpelah bang' tapi besok tu dia mintak lagi menda yang sama. Mengidam saja-saja - satu hari tu dia buleh sebut pelbagai macam menda yang dia nak makan. Yang macam ni, pilih mana yang tercapai dek akal je ye...Takpun suruh mak buyung tu gi beli sniri.
  4. Jangan terlampau kawal pemakanan anda sebab takut kegemukkan kerana wanita hamil memang dikehendaki naik berat badannya. Makanlah secara konsisten. Jangan biar perut kosong. Kalau Ibu hamil tak jaga makan dan kerap gastrik, akan beri efek pada baby yang dikandung masa tu atau pun selepas dia lahir. 
  5. JANGAN tak minum susu. KAlau anda bukan penggemar susu, PAKSALAH diri anda minum susu jugak demi kesihatan anda dan baby anda. Sebaiknya, minumlah susu kambing. Ia adalah amalan Rasulallah. Susu Hi-Goat pun buleh. Sedap pe. Susu kambing ni kalsiumnya lebih dan buleh mengelakkan baby kena kuning semasa lahir. Kalau anda tak biasakan diri minum susu, bila anak anda lahir, dia pun akan alah ngan susu maka kenalah minum susu soya plak. Not gud...
  6. Jangan memilih ketika makan. Biasalah masa peknen ni ada yang suka, ada yang tak suka. MAKAN je! Biasanya, kalau si ibu ni masa ngandung tak suka makan roti, baby pun nanti tak makan roti. Kalau ibu tak lalu nasik masa pregnant,  anak dia pun keluar tak makan nasik. Normal kah macam tu?
  7. Horlicks adalah bagus untuk penghasilan susu yang banyak dan mulalah minum masa pregnant. 
  8. Kalau tak da masalah HB rendah, bulehlah minum kopi dengan had sekali sehari. JANGAN MINUM NESKEPE. 
  9. Coklat adalah bagus untuk otak baby dan si ibu. Tapi, pengambilan yang berlebihan buleh membuatkan baby jadi besar. So, hadkan pengambilan ye... 
  10. Kalau tak cukup HB atau berdarah rendah, makanlah kerang, sayur bayam dan daging merah. Jangan makan hati ayam, hati lembu dan hati orang. Jangan bagi sakit hati orang lain juge ye. Organ dalaman tak bagus untuk sesapa pun. Makbed tak makan kerang tapi sebab nak tambah darah, PAKSA jugaklah makan. 
  11. Yang ni memang ternyata jadi kat aku. Sikap kita masa pregnant mempengaruhi anak anda bila lahir. Masa ngandung Oni, aku kuat berjalan. Sangat aktif ke sana sini situ dan sudahnya Oni memang seorang budak yang aktif. Wawan plak, masa ngandungkan dia aku banyak duduk tengok tv (yela sebab suami dah dekat kan..) maka Wawan skang kekecik sudah terer tengok tv. Oni? Tak suka tengok tv plaks. 
  12. Minumlah air kelapa sebab air tu je yang paling sedap masa ngandung especially masa 7 bulan ke atas. Buleh mengurangkan keputihan. 
  13. Jangan minum ais atau develop tabiat kunyah ais. Ais tidak menyebabkan baby kembang atau pun baby besar, tapi sebalik - Ibu yang kembang dan susah nak susut lepas bersalin. Mekasih. *dah ada pengalaman la ni.  
  14. Selalu cakap-cakap ngan baby dalam perut. Takpelah orang nak cakap ko gila pun. Bukannya kena tax cakap sengsorang kat baby kan?
  15. Jangan tanya aku camana anak buleh jadi putih sebab aku memang tatau. AKu tak minum SOYA if katenya soya bagi anak putih. Tapi aku memang kaki makan tempe dan tauhu goreng. Air soya memang diperakui boleh mengakibatkan kulit sensetif. Kalau anda ada salah-silah berpenyakit eczema, jangan memandai minum soya. Lagi teruk kulit anak nanti.
  16. Aku juga penggemar teh ais kat pasar dalam base Lumut, kedai air yang hujung sekali tu. Kalau berani, cubalah! Aku tak suruh ok. Teh ais tempat lain, tak shedap. 
  17. Kurangkan makan McD. Lebihkan makan food yang dimasak sendiri di rumah. NAsib la ye kalau kena yang alah bawang tu. Dehehehehee....~ But, jangan dilayan. Setiap penyakit ada ubatnya. 
  18. Muntah? Minumlah air suam bercampur madu dan limau nipis setiap kali rasa nak muntah. 
  19. Kalau rasa heartburn atau pedih ulu hati melanda, buleh amik Gaviscon. Tapi, aku tak amik sebab tak sedap. Nak kesan yang cepat, minumlah ginger beer F&N , kejap je terbelahak abihs. Jangan minum sampai satu tin pulak ye. 
  20. Makan nasi yang lembut. Masa masak tu lebihkan air. Kalau keras sangat nanti sembelit pulak. Masa ngandung 7 bulan ke atas biasanya akan selalu sembelit. 
  21. Makan kurmaaaaaaa. Bagus untuk otak anda dan baby anda.  


Itu saja tips dari Makbed. Kalau rasa merepek, jangan ikut. Masey!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram