Followers

12 Sep 2011

~Mari lah beli Hari-HAri~


 


PUSAT Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd, pengendali rangkaian gedung pakaian keluarga sedang meneroka perniagaan hartanah bagi menambah aset, sekali gus mengukuhkan rancangan untuk menyenaraikan sahamnya di Bursa Malaysia.

Pengurus Besarnya, Amilludin Latip (kanan), berkata bermula tahun lalu syarikatnya melaksanakan beberapa strategi dalam cabang perniagaan baru itu dengan membeli beberapa hartanah di beberapa kawasan termasuk di Seri Iskandar, Perak untuk dijadikan aset dan menambah cawangan baru Pusat Pakaian Hari-Hari.
Kami meletakkan beberapa sasaran menjelang 2020 termasuk menyasar menambah 36 lagi cawangan baru kepada 100 cawangan di Malaysia. Cawangan baru di Sabah dan Sarawak juga termasuk dalam perancangan, katanya kepada Berita Harian.
Mengenai pelan 100 cawangan di seluruh negara menjelang 2020, Amilludin berkata, syarikatnya bercadang memberi francais kepada usahawan berminat untuk menerokai bidang berkaitan bersama Pusat Pakaian Hari-Hari selepas menerima Sijil Francais Julai lalu.

Daripada 36 cawangan baru yang akan diwujudkan, kawasan luar bandar termasuk di tanah rancangan FELDA menjadi sebahagian perancangan syarikat. Ia sejajar matlamat kami meringankan beban golongan berpendapatan sederhana mendapatkan pakaian berkualiti pada harga berpatutan, katanya.

Beliau berkata, syarikatnya juga bercadang meneroka pasaran Brunei, Indonesia dan Thailand, namun tempoh masa belum dimuktamadkan kerana fokus utama adalah mengukuhkan perniagaan francais di dalam negara terlebih dulu.

Perniagaan francais adalah keutamaan kami sebelum ke luar negara. Setakat ini kami menerima lebih 20 permohonan untuk menjadi francaisi dan ia sedang dinilai, katanya.
Sejak ditubuhkan pada 1996, Pusat Pakaian Hari-Hari mencatatkan pertumbuhan baik menerusi pelbagai jenis pakaian untuk semua peringkat umur dengan rekaan terkini selain tampil dengan lima jenama tersendiri iaitu Jony & Jeny, Cikelon, TMU, Queen dan Fitri yang dijual di 61 cawangannya di seluruh Semenanjung. 



Makbed berkata:
Kat Manjung takde kan Hari-Hari? Baru ni nampak SAKAN je baru wat opening kat belakang Public Bank Manjung. 

Tokeh Pasaraya Hari-Hari, 
Sila 'macho'kan iklan tv anda okeh. Mekasey.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram