Followers

7 Sep 2011

[KISAH BENAR] - Aku hampir kehilangan Oni hari itu....

Hari tu aku , Alang, Inche Kitchi , Oni dan Wawan gi Tesco Alor Star di Mergong untuk dinner sebelum bergerak pulang ke Lumut. Lepas habih makan-makan, aku nak gi kedai baju jap nak beli baju baru sebab Isnin nye tu dah nak keje. 

Aku bawak Oni skali. 

Apak , Wawan dan Alang tinggal kat food court. Dekat je kedai tu ngan food court. Cuma meja makan kitorang tu letaknya hujung sekali , berdekatan ngan kaunter jual makanan. 

Tangan Oni aku pegang sambil jalan tengok baju dan seluar. Sampai kat hujung kedai, aku terbekenan ngan satu seluar ni, nak le tengok. Oni lak seperti biasa bila masuk kedai baju, tempat yang dia paling suka pegi ialah fitting room. Dia jengah kejap, tengok cermin. Tengok comel ke tak muka dia. Pehtu, dia datang balik kat aku - pegang seluar aku. 
Aku meneruskan upacara window shopping.




Tetiba....



Oni takde kat sebelah!


Aku tanya kat salesgirl tu, dia cakap anak aku tadi ada je kat sebelah!
Ha yela.. Kalau dia ada kat sebelah, takkan pulak aku nak tanya ko, BODOW!
Ni sebab dah takde la aku tanye...


Yang si Oni ni gi mana lak?
Silap haku la jugak kan, tak pegang tangan dia sebab dok pegang seluar. 
Tapi, tak sampai 3 saat pun aku pegang seluar tu weh! 
Oni dah takde ni...!


Aku cari keliling butik , takde. 
Jengah kat fitting room takde gak. 
Pehtu, aku terus lari keluar kedai. 
Mana nak cari Oni kat tetengah orang yang ramai ni? Jantung aku sesak.
Ya Allah..... Takkan lah malam ni aku nak balik tanpa ONi?
Ya Allah, anak aku? 
Mana anak aku....? 
Aku beristighfar dalam hati. Muka aku sure pucat lesi dah. 
Memang Oni takde! 


Depan aku ada selaut manusia kat food court.
Oni pendek je.
Terdaya ke aku nak cari ni? 
Sebelah kanan aku ada lak eskelator. Oni suka main eskelator. 
Adakah dia naik eskalator? 
KAlau dia naik eskelator ni, lagi luas le pencarian yang aku kena buat.
Ya Tuhan.... Mana anak aku ..???


4 minit!


Cuma 4 minit je Oni hilang dari aku aku dah bayangkan memacam. 
Aku terus lari ke meja makan di mana Inche Kitchi dan Alang sedang duduk. 


"Ya Allah... camana nak gtau laki aku ni?" 
Aku bingung.... Sangat-sangat! Sangat!


Oni, anak Ibu. Gi mana ko ni nak??
Ngapela ko tak reti duduk diam ... 


Kendiannya aku bermonolog sniri, menyalahkan diri yang lalai.... 
Memang aku lalai!
TApi, lindungi lah anak aku...
Ya Allah. Jangan la dia hilang dari aku. 










Bila sampai kat laki aku, Oni sedang elok saje duduk minum air teh ais kat meja makan.





Aku bernafas - sendat! Ketat dada ni. Macam nak menangih jek. Ya Allah.... Aku bertasbih, bertahmid dan segala apa yang buleh bila nampak Oni. 


Pehtu... aku terpikir...



"Camana plak dia buleh ada kat sini?"




"Ingatkan Kak Liza tinggalkan dia kat sinki tu. Kami nampak dia kat sinki tu, dia jalan sniri kai kat kami..." beritahu Alang.


Aku cuma mampu bersyukur dalam keterpingaan. 






Sampai hari ni, aku masih lagi tak pasti, macam mana Oni buleh jalan seniri balik gi tempat Apak dia duduk di food court tu. 
Gila besar kot food court?  


Setiap malam sejak ari tu, bila dia tido je aku peluk dia kuat-kuat sampai menitik air mata ni dok terbayangkan andai nasib kami tak baik, kami mungkin tak kan jumpa lagi. 
Semuanya kerana kelalaian aku. 



Ibu, sayang Oni...
Sayang sangat-sangat. 
Ibu minta maaf ye!
Selamat HAri Raya....



p/s - Ini entri penuh pengajaran oke. Sila amik iktibar. Korang dibenarkan berleter dan marah aku kerana aku tau , aku salah. HEEE.... Korang pun sayang Oni juge. kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram