Followers

12 Sep 2011

Kebaikan Cukai 6% untuk Prepaid Handphone



  1. PEngguna akan menjadi lebih berdisiplin dalam menggunakan henpon dan mengehadkan percakapan kepada yang penting-penting sahaja. Tidak ada lagi mengumpat-ngumpat, memaki dan mengeji.
  2. Pengguna telefon di bawah umur seperti kanak-kanak sekolah akan lebih beringat untuk bergayut sesuka hati. Henpon yang diberi hanya untuk call mak abah aje! Mau call pakwe? Sniri bayar!
  3. Masalah sosial di kalangan remaja, kes buang bayi dan pelbagai masalah sosial lain akan berkurangan sebab punca sebenar suma masalah ni adalah kerana kebolehan menggunakan henpon untuk menghubungi sesapa saja dengan kos yang murah. Dulu-dulu, takde henpon. Pakai telepon umah je. Tu pun cuma boleh dial nombor 9 sebab Abah kunci pakai bedai ayam mangga. Takde pun kes buang bayi sehari sampai 3 kes?
  4. Masalah rumahtangga juga akan berkurangan sebab susah nak ada kekasih gelap. Selalunya kekasih gelap berhubungan pakai prepaid sebab tak leh detact. Senang nak suruh topap bila habih. Kalau pakai line , payah. Apatah lagi kalau line bersama. Jadi skang, sapa-sapa yang nak simpan kekasih gelap tu buleh pikir banyak kali nak belikan henpon satu lagi untuk kekasih tersebut.
  5. Cukai prepaid naik sebab AF dah takde. 
  6. Para perokok yang menggunakan prepaid especially yang tengah dok skolah skang akan cenderung berhenti merokok sebab kena simpan bajet untuk prepaid. Atau kemungkinan besar, ramai yang malas nak ada pasangan sebab takleh nak bagi komitmen bayar prepaid lagi sebab takleh hilangkan ketagihan rokok. Hmm.... Prepaid vs Rokok. 


Zaman ais palit , ais kepal, aiskrim Malaysia, laksa sepinggan singgit semua sudah berlalu. Takde menda murah dah la ni. KFC kenakan tax selama ni, tapi ramai jeeee yang pegi. Kan Kan kAn.. Lulu Caldina....




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Instagram

    Instagram