Followers

8 Sep 2011

Ewah-ewah Hari Raya lagi bersama Makbed





Kimi yang tertindas

Entah bila gambar ini berada di dalam enpon ku. Dah tak ingat masa ni nak ke mana. Kesian tak?


 Iklan je tu..



 Meh kita layan gambar aktiviti Makbed dan kroni di pagi raya.




Adik tangkap gambar ni dengan arahan spesific - Bahagian Atas Sahaja!!


Selepas itu, Abah nak tido kejap sebelum memulakan perjalanan jauh ke KL. 
Jauhnye KL dari Kuantan kan?
BAgi Abah, jauh sangat tu. Kena simpan tenaga. 
Lagipun, Najwan tido jugak. Mak sibuk packing lagi jadi kami adik-beradik mengambil keputusan nak ronda-ronda tengok town Kuantan di kala hari raya. 




Kimi dan Alang cool

Pe kess? 
Pepagi raya orang makan ketupat rendang, kitorang gi terjah AnW lepas geram kat root beer float.
Gile rindu nak minum menda yang sangat cool ni. 
Ekceli, 2 malam sebelum raya pun kitorang bedal menda ni gak tapi tapau minum dalam kereta jek.
Kali ni, nak minum dari gelas beso. Baru feeeel!




Angah ngan bini dia yang agak konpius samada ni hari raya atau hari kawin depa

 Khabaqnya, Angah decide nak makan kat situ sebab his wife ngidam nak makan curly fries. Tapi, yang aku nampak Angah yang mencekik lebih dari si pengidam tersebut. Papepun, adik-adik yang lain berjaya mengepau Angah dengan jayanya pada hari tersebut. Bila lagi...ye dak?





  
Ni plak aksi Ibu yang gelojes (golojoh + gojes ) dan anak beliau. Penat gak la kejar Oni keliling restoren (restoren kecik je) taknak duduk diam. Nasib bek esisten ramai. Dan nasib baik aku cuma pakai selipar.


 
Makan lagi!!!!

Lapar betui depa ni. 
Padahal dah makan kat umah dah sebelum gi sembahyang raya. 
Yang paling bersungguh-sungguh makan adalah Adik. Dia memang kuat makan. Hari-hari musti makan nasik. Hidupnya sunyi tanpa nasik. Dapat makan nasik ngan telur mata kerbau sama kicap pun dah hoke da. Adik pandai goreng telur sendiri tau. Jadi, aku buleh suruh dia goreng telur untuk aku sekali setiap kali dia nak makan nasik dan dia sangat lah hepi untuk berbuat demikian.



Dah balik rumah, siap-siap nak bertolak ke KL. Najwan membuang air besar plak maka aku gi la cuci. Masa baru nak pakai pampes, Najwan dah kasi 'water cannon' kat aku plak kan! Habih laaa baju raya. Sesuka je pancut kat baju raya orang. Iskk.. Seb bek Ibu bawak baju spare tau. 



Caye tak Oni yang snap gambo ni?

So, pegi beraya pakai jubah raya tahun lepas.... 



Sampai je KL, dah petang. Nyampah dah pakai jubah. Panas kot. Susah nak bergerak aktif. Aku terus sarung t-shirt ngan seluar jek. HAHAHHA.. setel! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram