Followers

21 Sep 2011

Cara Beraya zaman skang agaknya kan?




Bebudak zaman skang ni tak diajar cara beraya ke??

Aku tau la raya tu sebulan. 
Tapi, seingat aku , bebudak cuma kutip duit raya beria sakan selama seminggu je. 
Dulu-dulu besh, cuti raya sama ngan cuti skolah. So, lama le cutinye.
Kalau cuti raya seminggu je, maka seminggu tu jelah kutip duit raya dengan kengkawan. 

Tapi, masa aku dulu, abah tak bagi sangat jalan-jalan merata gi kutip duit raya.
Kalau nak merasa duit raya banyak, kenalah jalan ngan mak abah.
TApi, tak bermakna la aku lansung takleh jalan-jalan beraya dengan kawan-kawan. 
BOLEH. 
Cuma terhad dalam masa seminggu atau 2 minggu syawal je.
KAlau nak beraya lama-lama, nk duit raya, gi la beraya umah orang dengan parents. Baru dapat. 


Nak beraya rumah orang tanpa mak abah pun ada adab. T
Akleh semberono je. 
BAgi salam... 
Sorak ramai-ramai 
"ASSALAMUALAIKUM... KAMI MAI NAK BERAYA!!!" 





OKeh.. ni plak adab anak-anak kecik zaman skang yang skolah rendah khasnya dalam base ni beraya. 


Beraya tak kira hari.
Orang dh start keje pun, pun dia sibuk nak beraya. 
Kadang, pakcik tu balik just nak makan nasi, balik just nak tukar baju keje je, atau balik nak solat, dia main sebut je.. "pakcik, nak raya.
Adik, kalau nak raya petang sikit takleh ke. Ini pun dah tengah bulan, time keje lak tu. Kuih raya pun takde dah habih.....


Biadab masa beraya. 
Ketuk pintu tak bagi salam. Ketuk kuat-kuat pulak lagi. 
Yang ni memang aku kuar maki je dapat. 
Anak aku nak tido pun buleh nangeh. 
Jangan sampai aku tarik ko masuk dalam soh ko tidokan balik anak aku.


Hari ni datang. Tunggu 2 hari lagi, muka yang sama jugak ketuk pintu datang beraya. Bajet aku ni nyanyuk la kan. 
Komplen banyak.
BAgi singgit bising. Bagi lima posen lagi la. Menyumpah kita plak pastu. DEPAN-DEPAN plak tu!



Dialog yang seperti mak bapak tak ajar. Aku tatau la anak sapa cakap macam ni.. 

Budak : Makcik, kami nak raya.
Aku     : Makcik nak keluar gi keje ni. Apsal datang time ni? Raya hari minggu takleh?
Budak : Ala takpe.. makcik takyah le gi keje. Takpun makcik bagi kat duit raya je.
Aku    : [hangen] Ni nak beraya ke nak duit je?
Budak : Nak duit.
Aku    : Duit takde dah. HAbih.. [terus tak jadi bagi duit]
Budak : Makcik tak masak?
Aku    : Tak. Makcik puasa.
Budak : Makcik masak la bagi kami makan.
Aku    : Kamu ni anak sapa ni? Kamu bagitau dulu sapa bapak kamu, baru makcik bagi duit.
Budak : TAkpelah makcik. BApak kami taktau pun kami kuar beraya...
Aku     :  ??



Aku tau, sebab bebudak ni tak kenal sapa orang yang dia mintak duit tu, so, dia cakap main bedal je. Masa bercakap pun, tangan cekak pinggang. Meleweh!
Kalau budak beso Oni wat cemtu, aku ok la. Kiut. 
NI budak darjah 4 wat cemtu, tak rasa nak bagi penyepak? 
Yang si parents pun, tak monitor ke mana anak pi lepas sekolah? 
Bukan le aku ni kedekut sangat tak mau bagi duit. 
Ada je duit syiling dalam umah.
Dah aku stenbai baek punya nak bagi. 
Dah jadi plak conversation kat atas, tetiba rasa cam tak jadi bagi duit. 
Aku nak bagi rotan pulak. 


Jangan terkejut, dialog cemni datang dari anak-anak pegawai tau. 
BUkan anak LLP... 
Stakat skang ni, anak-anak LLP yang aku jumpa suma sopan santun.
Pelik tak? Sapa yang ajar tu? 
Jumpa aku kat lif, tolong picitkan butang lif. 
Kalau nampak aku terhegeh-hegeh ngan barang masa antar Oni gi umah pengasuh yang satu blok ngan diorang, mesti ada bebudak yang tetengah dok main kat luar yg nampak tu tolong. 
Paling tak pun tolong pegang Oni. Siyes, tak bohong. 
Cuba la cari situasi cam tu kat kawasan rumah pegawai ni? 
HAGHAMMMMM .


 Tinggi mana pun pangkat kita, anak tetap jadi cerminan diri kita, bukan pangkat.



 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram