Followers

16 Sep 2011

Camana buleh jadi sampai macam ni?





KLANG: Seorang bayi perempuan yang baru empat hari dilahirkan mengalami kecederaan serius di muka dan mata dipercayai akibat kecuaian doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini ketika menyambut kelahiran bayi itu.

Difahamkan bayi sulung kepada pasangan suami isteri yang baru setahun berkahwin itu tidak dapat menyusu seperti biasa kerana luka di mulut sehingga pihak hospital terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memberi susu kepada bayi terbabit yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonate (NICU) hospital berkenaan.
Ibrahim Umran, 23, berkata lebih menyedihkan sehingga sekarang pihak hospital masih gagal memberi penjelasan munasabah mengenai punca kecederaan bayinya itu, malah diherdik oleh doktor bertugas apabila beliau terus mendesak meminta penjelasan.
“Apa yang dikesalkan, apabila ditanya jururawat yang menyambut kelahiran bayi saya mengapa kejadian itu berlaku, mereka hanya menjawab tak tahu. Isteri saya memberitahu doktor yang menyambut kelahiran anak kami ialah doktor perempuan dan masih muda tetapi sehingga sekarang saya belum dapat menemuinya untuk meminta penjelasan.

“Saya turut ditengking oleh doktor bertugas dengan mengatakan saya terlampau banyak bertanya serta tidak memikirkan masalah doktor yang terpaksa bekerja siang dan malam tanpa rehat mencukupi untuk merawat pesakit,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ditemui di sini, semalam.

Ibrahim berkata, ketika kejadian, beliau menunggu di luar bilik pembedahan bersalin sementara isterinya, Siti Aishah Abdullah, 23, menjalani pembedahan pada jam 10.15 malam, Isnin lalu.

“Selepas menunggu kelahiran anak sulung dengan penuh debaran, dua jururawat wanita membawa keluar bayi dan saya sangat terkejut apabila mendapati bayi saya banyak lebam di bahagian muka.
“Hancur luluh hati saya apabila melihat anak sulung yang dilahirkan cedera sedangkan sepanjang tempoh kandungan, doktor mengesahkan bayi saya sempurna dan sihat. Doktor yang melihat bayi saya ada mengatakan kecederaan ini mungkin kerana terkena tangan ketika proses melahirkan bayi,” katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi jurucakap hospital berkata pihaknya akan menyiasat kes berkenaan dengan mendapatkan maklumat dari bahagian bersalin sebelum memberikan ulasan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop pula berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenainya dan siasatan sedang dijalankan. 



Makbed berkata:

Weh! Sentap jiwa aku tengok gambo baby nih weh! 
Doktor mana yang kasar benar ni? Tak de naluri keibuaan lansung. Baby lahir menerusi pembedahan, takkan le buleh cedera semacam ni?

Pihak hospital khasnya yang bertugas masa ni patut BERTANGGUNGJAWAB dan paling tak pun explain lah apa masalah ketika proses kelahiran sehingga mengakibatkan kecederaan macam gini. 

Doktor memang TAK SEPATUTNYA memarahi pesakit apatah lagi ngungkit pasal tak mengenang jasa doktor dan tak pikir doktor yang kena kerja siang malam sebab nak menyelamatkan pesakit. HELLLLOOOOO.... kalau ko tak suka kerja siang malam sebagai doktor, ko takyah la jadi doktor. JAdi le tukang jaga tiket wayang aje. BUleh? Ini gaya doktor yang lansung tak beretika.
Doktor Malaysia kah ini? 

Ibu ada HAK dan memang berHAK nak tanya apa yang tak kena kat anak dia. Apasal ko herdik-herdik plak wahai Doktor? *marah nih! 
Apa salah si ibu yang diherdik tu? 
Salahkah jadi Ibu mengandung? 
Salah dia kah bila dia sakit nak beranak? 
Salah diakah anak dia cedera macam tu? Memang bukan salah dia kan.... 
Yang bersalah ialah ENGKAU wahai tukang sambut baby dan silalah mengaku kesalahan kamu dan janganlah letak kesalahan kamu kat orang lain. Memang nampak sangat BODOH bila buat macam tu OKEH. 

MEMANG PATUT KENA SAMAN doktor dan spital ni. Aku rasa ramai lagi blogger pakat tulis pasal ni. Boleh tak jangan buat malu hospital kerajaan?

Aku pernah dengar misi spital kerajaan sok-sek sok-sek ngan kawan dia camni...

"Ala... diorang ni marah je lebih. TAkde duit, buat ajelah cam takde duit. Kalau kaya, musti diorang nih dah pegi spital swasta.. Marah-marah pun, spital gomen jugak dia datang..."

See.... What's with the A.T.T.I.T.U.D.E?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram