Followers

23 Sep 2011

Bilakah sebenarnya kehadiran XBOX diperlukan?


Masa muda-muda, kita berangan nak ada rumah besar. Nak duduk dengan keluarga kita yang ramai.
Anak-anak bajet nak 6 orang. 3 lelaki 3 pompuan.
Nak beli tv plasma besar. 
BEli x-box ... buleh main game. MAsa sekolah teringin nak main game macam tu tapi abah tak bagi sebab tengah sekolah. KAn kan...


Tapi, bila kita mampu beli semua tu, umur kita dah berapa? 
Pastu, time tu nak main x-box pun tak sempat sebab anak yang berderet-deret pun berebut nak main sama.  Terpaksalah beralah.
Tv besar pun takleh tengok sebab bini dok sibuk tengok Tahajud Cinta. 

 Lama-lama......
Kita pun dah tua. 
Anak dah besar.
Ada yang da kawin.
Yang tak kawin tu plak, keje jauh-jauh atau pun belajar.
MAsing-masing ada life sendiri.
Masing-masing ada dreams to pursue. 

Jadi...
Apa jadi kat kita yang dah tak de dream nak pursue ni?
Nak kawin lagi?
Tak larat dah..
HAHAHAHA...


Maka....
Tinggallah kita ni dalam rumah yang besar.
Yang ada banyak bilik. 
Yang setiap satu bilikny ada ekon sebab masa mula-mula buat rumah tu anak-anak demand nak ekon sorang satu.
Tapi, sudahnya, guna 1 bilik je...
Sebab anak-anak lain takde dah.
Pastu, dah duduk berdua dengan bini apa nak buat?
Ko tengok aku, aku tengok ko.
Nak borak?
Idup dekat 30 tahun sama-sama, apa lagi yang nak diborakkan?
Gosip artis? Heh!
Ngumpat sedara-mara? Hmm.. kita dah gi haji dah, mana leh buat dosa ngumpat kan.
Bosan kan idup berdua cenggini..................
Kesiannya jadi orang yang dah veteren ni. 


 Maka..............
Ketika inilah x-box sangat berguna. 
HAHHAHAHAHAHHHAHA....


Cerita ini adalah dari ilham sniri tatkala melihat kehidupan mak ngah ngan pak ngah aku ni. 
Kata Aspa,  pc kat rumah tu selalu jadi rebutan mak ngan abah dia. 
"Tadi Kak Liza nampak kan, Mak dok kat pc tu main game. Haa, tu kira Mak Ngah menang le tu. Selalu tu berebut je mak ngan abah tu."

Aku gelak besar. 
Berebut main game dalam pc. Game bebudak aje pun buleh jadi diorang ni. Tadi tu pun Mak NGah leh jadi pemenang sebab hari ni Pak NGah kena cirit-birit. 
Kalau tak, Pak Ngah yang duduk kat kusi komputer tu.

Aku cakap kat Aspa,
"Korang beli la x-box sebijik kat mak ngan abah korang. Buleh le depa main tekken ke hape ke.. Kesian. Dulu masa muda-muda nak main tak buleh, asyik kene rebut ngan korang aje..."


Kesimpulannya: Xbox ke, Ps3 ke suma tak berguna time-time muda gini. Time tua-tua besok baru perlu. Reti?




-entri takde gambo-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram