Followers

7 Sep 2011

Bila nak selesai kes AC MIzal ni kan?


KUALA LUMPUR 6 Sept. - Bekas ibu mertua pengacara dan pelakon, AC Mizal mendakwa anak perempuannya, Shafnie Zainuddin terpaksa meminjam duit daripadanya semata-mata untuk menampung perbelanjaan dua cucu lelakinya.

Rafiah Ab. Talib, 62, menerusi afidavit keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang dekat sini, hari ini memberitahu anak perempuannya turut terpaksa menjual pelbagai barangan kepada rakan-rakannya bagi tujuan tersebut.

Menurut pesara itu, Shafnie terpaksa berpindah dari rumah yang disewa di Kota Damansara ke rumahnya di Kajang kerana tidak mampu membayar sewa dan gaji pembantu rumah.

Berhubung penghantaran anak sulung pasangan tersebut, Muhammad Shafiq Iman, 15, ke Sekolah Menengah Islam al-Amin, Bangi iaitu sebuah sekolah swasta yang berteraskan Pendidikan Islam, Rafiah dalam afidavitnya menyatakan:

''Muhammad Shafiq tidak mendapat bimbingan agama daripada ayahnya sejak kecil lagi, oleh sebab itu dia dihantar ke sekolah tersebut,'' jelasnya.

Rafiah juga mendakwa, emosi dua cucunya akan terganggu apabila melihat laporan media yang menyatakan AC Mizal hidup senang-lenang kerana mempunyai sebuah syarikat menjual gelang tangan selain membintangi filem serta mengacara rancangan di televisyen.

''Muhammad Shafiq pernah mempertikaikan apabila melihat ayahnya memakai sepasang kasut berjenama ketika remaja itu hadir bersama ibunya ke prosiding mahkamah tahun lalu sedangkan dia hidup sederhana,'' jelas Rafiah.

Rafiah dipanggil hari ini untuk memberi keterangan berhubung kes tuntutan pengubahan nafkah anak yang dikemukakan oleh Shafnie, 35, selaku plaintif terhadap bekas suaminya, AC Mizal, 39.

Ketika sesi soal balas oleh peguam syarie, Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal selaku defendan, saksi kedua plaintif itu menafikan isu tuntutan pengubahan nafkah anak terbabit difailkan selepas Shafnie bercerai menerusi perkahwinan keduanya.

Jelas ibu Shafnie, anak perempuannya itu pernah berkahwin dengan lelaki lain selepas bercerai dengan AC Mizal, namun beliau tidak mengingati bila tarikh pernikahan tersebut berlangsung.

Dalam permohonan pengubahan nafkah anak, Shafnie yang diwakili peguam syarie, Azmi Rais menuntut agar jumlah RM300 sebulan bagi dua orang anak diubah kepada RM3,770 sebulan.

Ia merangkumi makan minum bulanan sebanyak RM400, pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembantu rumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan (RM1,000) dan sewa atau ansuran rumah (RM650).

Selain itu, dia meminta perbelanjaan tahunan berjumlah RM9,000 yang merangkumi pakaian (RM3,000), perubatan (RM1,500), yuran sekolah atau tuisyen (RM500), aktiviti kokurikulum (RM1,000) dan hiburan serta percutian (RM3,000). 



Makbed berkata:
Cam pelik lak permintaan tuntutan nafkah anak ni? Jap.. Ni tuntuan nafkah anak ke nafkah anak sekali ngan si ibu? Kalau nafkah anak, takkan le siap sewa ngan ansuran rumah sekali? Kot ye nak pun takkan la sampai RM650?  Pastu, ada perbelanjaan tahunan plak sampai 9k. Tak agak-agak jugak yang nak menuntut pun..... 

Yang tang insurans, sekolah agama, tuisyen or everything about education tu ok la. But tuntutan ni menunjukkan yang si emak tu cam tak kerja lansung. Kalau tuntutan yang macam gini, andainya menang, memang sah senang anak-anak.

Aku panggil ni tuntutan nafkah orang kaya-kaya... HEHHEHEE...  LAyak le kena ngan si AC tu.  Kalau orang biasa-biasa cam kita ni tak mampu nak bagi sara anak sampai 3k sebulan kot?

Tapi kan....

 KEnapa si bapak ni tak bawak skali anak-anak ni dok ngan dia? Gilir-gilir jaga tak bleh? Apa yg anak di sana dapat, anak di sini pun dapat la. Itu kan anak awak juge. Kenapa nak berkira. PAtutnya menda camni takyah la bawak gi mahkamah. Wat malu diri je. Awak tu orang feymes. 

Susah nak wat kebajikan kat luar kalau kebajikan anak-anak sendiri terabai. Integriti hilang wo! Ce pikir...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram