Followers

6 Sep 2011

Bertaaaaahhhaannn MAKBEDDD!!!!

NIat di hati nak blogging tapi banyak pulak proposal perlu disiapkan. 
Alhamdulilah...rezeki anak kot kan?


Hakikatnye, skang ni aku tengah tak sihat sangat. Semalam dah gi klinik. Memula aku nak gi petang lepas keje.
Ramai gilo orang beratur kat klinik Dr. Saadiah tuh. Terus tak jadi.
Ingat buleh la bertahan.
Rupanya, takleh. Selsema dan batuk makin parah dan aku lak takde ubat. MAka, kena la pegi jugak. Ajak Alang ngan Oni teman.
Rasa cam demam, tapi bila Doc check, takde pun demam.
Selsema je lebih.
Dah lama tau... Dekat seminggu dah cenggini. Aku takleh selsema. Semangat hilang beb!


Dah bagi ubat segala, aku terus makan.
2 jam kendian, lalok. Cakap ngan Oni pun cam mat pet dah bunyi nye. Oni malas nak layan. dia pun tido skali.

Tengah malam tu dapat sms plak.

Sms nya berbunyi begini....

SALAM LIZA. KAK IZA TAK LEH DAH NAK JAGA ANAK LIZA SEBAB SUAMI KAK IZA TAK BAGI. KEEADAAN KESIHATAN KAK IZA TAK MENGIZINKAN. KAK IZA CEPAT PENAT. KALAU NAK JAGA NANTI BULAN 12 BULEH LA. KAK IZA MINTA MAAF BANYAK-BANYAK.







 Aku cuma mampu begini



MySpace






Kenapaa? Kenapa ? 
Teruk sangat ke??



MySpace



Aku paham le pengasuh bekap haku tu ngandung. Ekceli ngandung 8 bulan dah.
Tapi, mintak jaga seminggu je.
Huu... sapolah lagi aku nak ngadu.
Dah ada pengasuh ok, pengasuh ok aku NGANDUNG lak.
Bukan sorang. Dua-dua tau! 




MySpace


Hmm.. time cenggini la yang membuatkan aku kembali nak brenti sangat-sangat. Hadoiii!!

Nasib baik la Wana ada. Wana penah jaga Oni.
Tapi skang Wana dah ada baby.
Baby Zahirah plak tak berapa sihat. Aku rasa cam tak patut lak nak nyusahkan kawan aku sorang ni.
Tapi, dah takde orang da... sapa lagi nak kontek memalam ni??


NAsib baik la Wana setuju.
Tu pun dia tanya Wawan senang dijaga tak macam Oni dulu-dulu. Aku tatau nak cakap.
Kang kalau aku citer kata aku cam cakap bagus pasal anak lak.
Plak tu, kang aku citer Wawan camni..cenggitu alih-alih bila dok ngan Wana jadi mcm lain plak. HAHAH..malu la Makbed. 


So, Wana kata dia test dulu satu hari caner.



Maka, hari ni lepas la aku ke opis. Alhamdulillah. Wana nak jaga Wawan.
Oni plak cam biasa, tinggal dengan Alang. 


Tengahari tadi Wana gitau yang Wawan baik-baik je. JAngan risau lelebih. Zahirah pun ok je.. Wawan tido lama dari jam 8 pagi lagi.


Humm.. Wawan memang camtu. dia akan terjaga bila dia lapar ngan berak je
Lain-lain waktu biasanya tido semedang. Lagi plak rumah Wana tu memang sejuk je sebab dekat dengan hutan. MAsuk umah je dia terus rasa ngantuk. Yang umah aku lak, cerah. Siap silau suma. Susah kalao vampire cam haku ni nak duduk. Terbakar kulit. 


Aku gi keje ngan rasa hepi. Sampai opis, nampak Shukord. Gelak-gelak. Dah tak rasa nak brenti keje dah. AHHAAH.. Ni lah dia masalah aku. Bila sampai opis, aku tak de rasa nak brenti. BILA BALIK RUMAH, mulalah nak brenti keje je.
Apsal ek? Moskel ni.

Cakap kat Shukord ..aku nak menamatkan tugas aku sebagai penyambut tetamu tersohor kat Lumut Flower Power Plant ni (nama baru company okeh..sila ingat!)

"Jangan la MAkbed..... Takde ko kitorang suma takleh lepak kat konter da...."

Ala.. musti korang rindu nak tengok aku beraksi main badminton sengsorang bunuh lalat kan?
Hebat kot.
Macam Milla Jovovich bunuh Zombie.
~Seksi gile~

Tapi, aku cakap aku nak brenti gak.
KAlau ko tak nak aku brenti, siapkan satu memorandum , beserta sign 100 orang paling sikit menegaskan yang MAKBED ADALAH RECEPTIONIST TERHEBAK DI ABAD INI. SILA NAIKKAN GAJI BELIAU.
Takpun,
Buat satu fan page kat aku..
KAMI NAK MAKBED KEJE NGAN KITORANG LAGI SEBAB MAKBED BEZ. 
Kalau seribu orang like, kompem aku tak brenti.

Skang aku selsema balik.
Dah le lalat melambak terbang mencabul hidung aku.
Budus! Rimas haku.
NI YANG BUAT AKU RASA NAK BRENTI KEJE PULAK NI!!!! 

plak kang kalu Cik Phia tu cari pasal lagi, memang la kan..memang la. 





Adapun begitu, aku tetap bertekad jugee..... Yah yah yah!
Tapi kena sabaq sat.
Jangan gelojoh.  
Nak habih tahun dah ni. 
Hari ini Makbed pakai tudung pemberian Patenko-Alphaten-Fatin sempena besday aku tempoh hari. 
Mekasih banyak-banyak sebab kasi tudung mahal kat aku. 
Hadiah kawin ko masih lagi ada dalam simpanan aku ni. Bila la buleh bagi.
Oh..lupa nak warwarkan.
Fatin dah peknen tau!






ok
habih dah merepek
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram