Followers

20 Sep 2011

Bercakap dalam tidur


Dah tua agaknya aku ni...


Semenjak habih pantang dan start keje, pantang aje ada peluang letak kepala atas bantal, dengan pantasnya akuu akan hanyut ke laut. Walaupun jam baru aje menunjukkan waktu berita nak habih dan cerita-cerita besh kendiannya bakal menyusul. 
Niat di hati tu cuma 'nak tido kejap aje' sebab Oni ajak teman dia tido kat bilik, tapi sudahnya aku bangun balik jam 1 pagi. 

PAyah la aku nak wat keje kat umah. 
Kadang tu nak online , chatting ngan peminat clients, sometimes prospecting... Aku mestilah nak kena online time orang lain suma online kan? 
BAru aje duduk kat kusi depan lappy, Oni dah mengerekot kat peha aku ajak 'tito'. Dia akan merengek sampai basah pipi dan berlendir idung kalau aku tak layan. 

Apsal tak merengek kat Apak? 


Tadi...


Sebelum masuk bilik nak tidokan Oni, aku pesan kat Inche Kithci..

"Cayang, kang kejutkan B ye. Kejut dalam kol 10 kang..." pintaku sambil tengok jam. Masa tu baru kol 9 malam.

 Tau dia balas pe?


 "Ah, malas. Kejut awak kang kena marah."


 AKu taktau nak bereaksi camana bila dia cakap cenggitu. Sebab.....


  • aku memang nak sangat orang kejutkan aku dari tido sebelum waktunya sebab kalau aku jaga pukul 1 pagi kang, aku tido lewat plak. So, jadilah tak cukup tido.
  • Inche Kitchi memang ada kejutkan aku, TAPI AKU RASA CAM MIMPI JEK.
  • Yang lagi pelik, aku tak sedar amende aku cakap kat dia masa dia kejut aku, TAPI AKU MEMANG TAU YANG AKU CAKAP SESUATU..... dan aku kekal kat tempat tido sampai aku terjaga sniri kendiannya. 
  • Aku rasa dia penah korek telinga aku sebab nak soh aku bangun (dah aku suruh dia kejut) dan aku membebel-membebel tak ketahuan hala - STILL aku tak ingat sepatah haram apa aku cakap kat dia.

Persoalannya:

  1. Adakah aku dikategorikan dalam keadaan BERCAKAP DALAM TIDO?
  2. Adakah aku bercakap kasar dengan Inche Kitchi ketika dia mengejutkan aku?
  3. Adakah kata-kataku semasa dalam keadaan separa sedar tu mengguris perasaan suami mithaliku?
  4. Kenapa aku jadi camtu?


Buat suami kecintaan yang dirindukan saban hari, 

B minta maaf sangat kalau B ada cakap sesuatu yang tak sepatutnya masa Cayang kejut B bangun. Tak patut B wat cemtu sebab niat awak memang ikhlas nak kejut. Tapi, percayalah, tu suma adalah di luar kudrat B. Siyes, B tak berapa nak sedar. Bukan sengaja tau. Maybe sebab B penat sangat kot yang jadi macam ni.


Inilah dia masam manis berumahtangga. Hhehheheehhe...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram