Followers

26 Sep 2011

Al-kisah pokok kunyit abah bagi



Dah lupa bila Abah bagi aku pokok kunyit yang dah pun tumbuh daun. Aku amik kat Sik masa tu. Konon-konon nak mula tanam pokok sniri la kan. HEheh...

Aku memang fail bab responsible kat pokok ni.
Kesian pokok tu. 
Kalau lah pokok kunyit tu buleh bercakap, musti aku tak lupa bagi dia minum air hari-hari. 
Masa tu pulak aku peknen... Aku kerap lupa. 
Pokok kunyit yang diletak dalam polibag tu aku letak kat belakang umah, kat dapo.

Bulan-berganti bulan akhirnya pokok kunyit tu mati. 
Tapi sempat la aku tarah daun-daunnya buat masak lemak. Heheee... 
Tapi, kendian pokok  tu senyap gitu je, takde daun. 
Dah tak siram kan? 
Sibuk sangat gamaknya. 


Dekat-dekat nak abih pantangkan Wawan, Abah tengok pokok pemberiannya sambil geleng-geleng kepala. Bagi aku dah takde nyawa dah. 
Tunggu masa nak pi buang je. 


"Awat hang tak siram pokok tu? Hang ingat pokok kunyit tu dah mati ka?" tanya Abah malam tu.

"Dah mati dah. NAk siram buat pa.." balasku.

"Hah, tu la. BUkak internet hari-hari takmo blajaq. Cuba hang siram balik pokok tu. Tunggu dua tiga hari, keluar balik tunas dia. Selagi dok ada 'ubi' kat bawah tu, memang pokok kunyit takleh mati. Walaupun nampak macam dah mati..." gitau Abah sambil buat muka mengondem aku yang tak cukup ilmu tapi perasan bijak ni. 

"Ehh.. yeke? Tatau la plak... hhehhee.." 

****

Sekarang ni  musim hujan. 
Satu hari, aku ke belakang nak mengemas rumah sebab dah lama berpantang, umah pun cam tongkang. 
Aku ternampak pokok kunyit tu mula bertunas. 
Sapa pulak le siram pokok ni kan... Mungkin tempias hujan agaknya. 


Tapi, aku kagum gak la sebab pokok kunyit tu buleh hidup balik. In fact , dia memang tak mati.


So, setiap pagi aku siram pokok tu.
Sambil proses kain nak dibasuh, aku bagi pokok tu minum. 

Satu hari, Oni ternampak aku tuang air ke dalam polibag berisi pokok kunyit berdaun kecit tu.

"Ibu, wat pa?" tanyanya.

"Ibu bagi pokok minum.." aku jawab.

 Oni diam.... 


Besoknye...dia tanya aku ..

"Ibu, okok tu inum?" tanyanya sambil tunjuk pintu belakang.

 Memula aku cam tak paham.
Tapi lepas dia tunjuk banyak kali kat pintu belakang, aku paham la yang dia nak pi kat pokok. 

 Besok nya pun, dia tanya lagi...

"Ibu, dah iyam okok?" 

 Masa tu aku kalut nak mandikan Wawan. Aku terus amik kole plastik, isi air. Dah tu aku bagi kat Oni.

"Nah, Oni tolong ibu siram pokok ye.." 

Kemain hepi lagi si Oni bila dia buleh curah air dalam polibag pokok kunyit tu.
Bangga betul dia bila dia dapat siapkan kerja yang Ibu suruh. 
Suka betul dia bila Ibu cakap dia 'good girl..'. 



Skang, kerja siram pokok diselesaikan Oni....




Hasilnya...






Pokok itu sudah besar daunnya dan tumbuh lagi 2 tunas baru.


 Abah, pokok kunyit dah idup balik!!!
Cucu Abah jaga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram