Followers

5 Sep 2011

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA



Dah lama tak buat kerja kontes-montes ni. Tapi, ini bukan sekadar kontes untuk bersuka-suka. Aku nak menyahut kempen cintakan negara ni. 

Besempena dengan sambutan kemerdekaan yang masih berlansung ni, aku nak buat luahan hati sikit. 

Sebelum tu, aku tepek dulu banner contest.



Aku Anak Malaysia Merdeka

Bagi sesapa yang gemar sangat berceloteh mengondem dan komplen apa yang kita ada sekarang, kononnya, kita boleh dapat yang lebih bagus, sedarlah bahawa negara kita adalah antara negara yang mencapai kemajuan dengan kadar cepat dalam tempoh 54 tahun. Ko bayangkan 54 tahun dari apa pun takda, sekarang sudah ada bangunan tinggi, LRT, Komuter, MRT, I-City dan pelbagai. 
Takde halangan nak bersuka-ria atau berhibur. 
Nak beramal ibadat apatah lagi. 
Cuma kena pilih je mana yang patut dengan yang tak patut.
Di bawah kepimpinan kerajaan kini, kita tak payah pun nak angkat senjata, nak golek-golek atas tanah dan berjalan ke masjid dengan penuh ketakutan kerana kitakan Anak Malaysia Merdeka. 


Aku Anak Malaysia Merdeka tak pernah melupakan jasa orang terdahulu yang  bersusah-payah mencari nikmat kebebasan demi anak bangsanya. Andai tiba masa aku terlupa, aku akan terus sembang-sembang dengan Nenek dan tanya macam mana keadaannya di zaman tentera Jepun datang dulu. 

Aku Anak Malaysia Merdeka hanya mampu menggeleng kepala melihat kekecohan yang lebih berunusur kan kepentingan politik peribadi  yang berlaku kini. MAkin menjadi-jadi pulak. Paling menyedihkan, yang terjebaknya ialah generasi yang bakal menerajui kepimpinan negara satu hari nanti. Rusuh di sana sini. Kenapa perlu mengikut budaya tidak berhemah dan tiada santun negara luar? Kenapa perlu menyatakan rasa tidak puas hati dengan keganasan? Dasyat sangatkah keterukan pimpinan kita sekarang? Terlampau kurangkah? Atau kita sendiri yang meminta berlebihan? 

Aku Anak Malaysia Merdeka risau tatkala memandang mata anak-anak kecilku. Entah apakah suasana bumi Malaysia di kala mereka berusia seperti aku ni? Masihkah mereka boleh makan KFC dengan aman? Masihkah mereka buleh berjalan-jalan di taman dengan riang? MAsihkan bangsa Malaysia yang perlbagai ini duduk semeja di kedai mamak dan bergurau senda? 

Aku Anak Malaysia Merdeka sangat berbangga kerana MAlaysia sudah 54 tahun merdeka dan pelbagai kejayaan manis kita kongsi bersama. 

Aku Anak Malaysia Merdeka bangga melagukan lagu NEGARAKU sejak kecil sehingga lah kini. 

Aku Anak Malaysia Merdeka mendoakan agar generasi akan datang akan lebih terdidik dan celik sejarah. Humm.. selalu dengar berita tentang kekurangan guru Bahasa Inggeris di sekolah. Tapi, takda plak komplen pasal kekurangan guru Sejarah. Agaknya guru Sejarah dah cukup kot kan? 

Aku Anak Malaysia Merdeka percaya, SEJARAH mungkin berulang andai kita ini tidak tahu menilai dan menghargai apa yang kita ada sekarang. Sungguh beruntung kita ini. Sedar tak? 

Aku Anak Malaysia Merdeka paling suka minum teh tarik! Sapa yang tak suka angkat tangan?

Aku Anak Malaysia Merdeka sangat seronok sebab Malaysia ni banyak sangat cuti perayaan. Boleh makan macam-macam kan?


Aku Anak Malaysia Merdeka ingin mengakhiri celoteh dengan sebuah lagu...


Negaraku
Tanah Tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan Kurniakan
Raja Kita selamat bertakhta. 


Bila terasa nak 'lupa diri' atau nak mengamuk tak pasal, silalah nyanyi lagu ni ye! 


Terima kasih banyak kat Opera Hidup yang mengetag Makbed dengan sabarnya.



Teringin nak pas baton kat Lulu Caldina. Dah wat ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram