Followers

11 Aug 2011

Ujian dattang lagi...YipPAAaasss!!

Life without a test is not actually a LIFE. We are called champion as we have passed the ultimate test - being the chosen sperm and ovum combined and tadaaaaa..... Dah lahir. Kan?

Hidup kita ni tak penah sunyi ngan ujian. 

Apsal aku ni?

Yaaaa.....

I've been tested again. I have to make a decision - again. Perasaan yg aku alami ni sama macam yang lepas di mana aku kena pikir what is the best for aku and Oni dan skang aku kena pikirkan lagi untuk wat keputusan tapi untuk kebaikan keluarga aku - financially. 

Aku bakal masuk keje pada Sept 5th. Masalah aku ialah....... Baby sitter aku takdak
Alasan pertama - dia masih tak habih pantang lagi. 
Alasan kedua - dia masih berhari raya di Kelantan since asben dia dapat cuti raya bermula dari hari raya ketiga. Aku dah nampak tu and aku dah try nak lajak cuti sampai 15hb Sept tapi takleh. 
Ye la... aku dah pun cuti 3 bulan. Kenapa lak nak tambah cuti aku? 
Diorang pun nak kena cari pengganti lak lagi... 

But then, masalah aku tu macam nak selesai bila Kak IZa, baby sitter lagi sorang sudi nak menjaga Oni dan Najwan seminggu sampai pengasuh sebenar balik. Oh... Alhamdulillah. Lega di situ. Tapi....

Masalah keduanya ialah.........


Oni nak ke kena tinggal ngan pengasuh tu?
Ini adalah penting dan paling merunsingkan sebab ikut pengalaman lepas-lepas, tak de sorang pun pengasuh bekap Oni lepas 'ujian' .
Asal aku tinggal , lepas setengah jam je aku kena patah balik sebab Oni nangeh sampai sedu-sedu tak brenti. Even aku tinggalkan dia ngan Tokwan and Atok pun, dia tetap akan menangih mengongoi panggil Ibu. 
Guess what? 
Sejak aku tido spital 5 hari tu, Oni never let me out off her sight. Not even once. 
Aku masuk jamban , tutup pintu pun dia ketuk pintu make sure I am really INSIDE THE JAMBAN.
Susah sungguh nak berenggang.

Hanya dengan pengasuh dia tu saja yang boleh mententeramkan Oni.

Itu lah masalah yg tengah aku pikir jalan penyelesaiannya. It is pointless kalau aku masuk keje on the 5th tu then patah balik kena amik cuti plak dengan alasan pengasuh takdak. 
Actually, pengasuh bekap ada. Tapi, Oni yang tak nak.
Kalau Najwan tu takpela. Slamber je tinggal kat sapa pun. Oni ni ngan Apak pun tak moh.
BUleh le dok kejap, pehtu kang gado la plak. 
HAaaa... Hadehhss *tepuk dahi.


Then, I started to think about this working thing... whether it is worth doing or not. 
Contoh ye...

Your pay is a thousand ringgit. You have 2 kids. And your workplace is 30km so it takes about 60km pergi balik. Gi keje ngan keta. Once a week , tangki minyak kena bagi mamam. Full tank katelah RM80. Kalau sebulan is RM320, kan? 

And since you are going to work you certainly need a baby sitter. So, RM400 has to be put aside. Paling koman, duit gaji ko keluar RM700 dah. 
Gaji dapat seribu je? 

Kalau masa anak sorang, aku tak kisah sangat suma tuh. 
Aku suka sungguh keje. Sayang tempat keje aku.
Tapi aku tatau la buleh tak aku nak tolerate lagi isu pengasuh nak cuti-cuti ditambah lak ngan kos sara hidup yang bertambah ni?
Kalau Inche kitchi nak bantu pun, still BERBALOI ke kerja sebab kita kan kerja nak tolong tambah perbelanjaan keluarga. Kan kan kan... 
Kalau cam contoh yg aku bagi ni, agak-agak boleh tak dipanggil 'TOLONG'?

Kalau aku duduk umah, satu sen pun tak kuar. Duit minyak pun tak luak. Kad kedit laki aku selamat je. Tak kena gesek. Baby sitter kompem takyah antar dah. Lagi jimat Rm400. HAHAHAHAHA.. Kalau aku keje pun, stakat leh pegang duit RM300 bulan-bulan (salunya habih terus) tak tolak utang lagi ni, baik aku tak yah keje kot. Duit elaun laki aku bagi pun dah cukup da. Dan masa yang aku ada buleh le aku gi wat menda lain yang berbaloi sikit. 

Jadi baby sitter part time untuk kengkawan aku lagi masyuk kot. AHHAHHAHA... Lagi beh, tayah risau pasal duit minyak dah. 

Aku keje untuk menyukakan diri aku supaya aku tak bosan. Skang, aku tengah berpikir, patut ke aku bersuka-suka lagi? Aku suka drive gi tempat keje, sebab aku leh bawak laju-laju sambil nyanyi kuat-kuat. Kat opis memang release tensen. Buleh gelak-gelak, makan. Tapi, adakah semua itu perlu aku amik kira ketika ini? Camana ngan anak-anak aku? 

Persoalan nya, Sept 5 ni, bulehka Oni duduk umah pengasuh simpanan tu tanpa nangeh sampai muntah-muntah nanti? Dah tak daya nak amik EL dah kot. Aku bukan manjakan anak. Ada setengah parents hatikering je. Anak nangeh pun dia tiingal. Lama-lama diam gak budak tu. Tapikan, Oni nih lain. Dia punya determination and perseverence(betui ka eja) buat orang yang menjaga dia especially yang tak biasa tu panik tau. Dia nangeh teruk sangat dan hanya satu perkataan je kuar dari mulut dia iaitu.....
IBU.
Tak caya, tanya le sesapa yang penah test jaga Oni sebelum ni. Soh diorang wat testimonial.

Kalau korang, nak ke buat apa yg aku tengah buat skang ni? 


Aku tanya Inche Kitchi, cam biasa semua keputusan adalah atas tangan aku sniri. Cuma dia cakap 'kalau awak pikir dah tak berbaloi lagi dah, toksah la buat dah...'


Uhuksss!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram