Followers

17 Aug 2011

Tomyam Campur Dengan Perencah Tomyam Mak Nyonya

Ngidam pulak aku ni nak makan tomyam. Hehee.. Dengan tak malunya aku kaborkan kat korang, aku tak reti masak tomyam dan seingat aku ,  aku belum penah lagi masak tomyam. Evem dalam buku resepi pun takde resepi tomyam. Bila teringin nak makan tomyam, aku gi order je kat kedai. Lagi sedap kot?

Tomyam bukan makanan faveret aku anyway. Aku lebih suka makan sup ekor! Lebih bermakna setiap hirupan. Sluurrrpppp... [sebab tu ko banyak lemak wahai Makbed!]




Skang aku nak share resepi Tom YAm aku tadi. Aku pakai perencah tomyam Mak Nyonya je.


Bahan-bahan:
Sikit Udang
Sikit daging yang dipotong kecik
Sikit ayam
Sotong (kalau suka) potong la iikut suka janji buleh masuk mulut.
Sepeket perencah Tomyam 100gm
sayo-sayo seperti brokoli, cauliflower, baby jagung, carrot atau tomato. Potong kecil mengikut kesesuaian.
Sedikit air limau nipis.
2 keping daun limau purut
1 batang serai - diketuk
Bawang besar - potong 4
stok udang / satu sudu sos ikan bagi menambah perasaan.



 Cara-cara

  1. Tumis pes tomyam Mak Nyonya tu sampai naik wangi kendian masukkan 1 cawan stok udang. Lebih pun takpe. 
  2. PAstu, masukkan air. Untuk pes 100 gm, masukkan 350ml air. Biarkan mendidih sikit. Masukkan serai.
  3. Kendian, masukkan ayam, daging, udang atau sotong. Kacau dan biarkan menggelegak sikit.
  4. Masukkan sayo-sayo lain. 
  5. Last skali masukkan bawang, daun limau purut dan masukkan air limau nipis. Perasakan dengan garam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram