Followers

26 Aug 2011

tak sabaq nye nak raya...

Terjaga plak. Biasalah, susukan Najwan. Mata ngantuk neh. Biasanya masa bulan posa ni bangun time cenggini aku dah pikir nak masak apa. Tapi, dah last-last Ramadhan ni jadi malas lak.

Lagipun, aku tetiba tidak berkelayakan untuk berpuasa. Sangat sedey... Dah le awal puasa hari tu dah tinggal beberapa hari.

Inche Kitchi tak moh bangun sahur kot dah. Tetengah malam dia sebat bubur lambuk yang aku masak untuk Oni tengah hari tadi. Saja buat lebih sebab aku nak tumpang sekaki ops! Gumbira gak aku sebab Inche Kitchi ni bukan pengggemar bubur lambuk selalunya. Ntah ngape tetengah malam tu nak pulak.

Aku sebenanrnya lapar masa tengok citer Austin Power kat channel HBO tuh. Maka, aku cedok le semangkuk. Boh sikit ikan talang masin yang Mak aku tumbuk siap-siap untuk aku makan masa pantang hari tu. Aku pelawa la laki aku sikit. Dia tak menolak. Tapi, memula aku kena suap dia dulu la cam baby. Elok habih semangkuk aku tanya la.."mau lagi ka?"

Dia cakap "nak". Aku gi cedok lagi semangkuk. Pehtu... dia kata.....


"Emph, awak makan la. Saya NAK CEDOK BOH DALAM MANGKUK sENDIRI."

Hehehhe..... sedap le tu. Kan kan kan...


Senang je bubur lambuk aku neh.

1 pot nasik.
1 inci halia diketuk
1 batang serai diketuk
beberapa biji lada hitam (aku pakai lada hitam yg dah ditumbuk kasar. sesudu kecik je)
1 cawan santan cair
air secukup rasa
1 biji kiub pati ayam
garam
daun sup / daun bawang

Caranya.... masak je lah semuanya sekali. Kiub ayam tu masukkan last sekali ek. Aku tambah sebiji ubi kentang sebab Oni memang sangat suka ubi. Rasanya takde bubur lambuk yg ada ubi kentang. Anywany, bubur ni kalaua da udang fresh, lebih besh! Untuk yg bujang-bujang, tak tau nak makan ape dah, try la masak ni.


OK..nak pi tidoq balik.



p/s - berapa hari je lagi cuti panjang aku akan berakhir. pas raya ni kena gi keje dah.. and nak kena ngandap itu cikphia. NYAMPAHSnyesss..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram