Followers

22 Aug 2011

SELAMAT HARI LAHIR AUNI!

Hari ni ialah.....






HARI LAHIR AUNI. 
Suma angkat tangan, cakap 'ALHAMDULILLAH'. 



Sila ucapkan Selamat Melahirkan Auni kepada saye......... ihiksss! 

Tika entri ini ditulih, pada masa ini, jam ini , tapi 2 tahun lepas (jam 1739 waktu Lumut) , aku sedang bersiap-sedia dengan posisi meneran dan masa tu bukaan sudah 8cm. Erm.. tanak citer lelebih kang ado orang tutup muka lak sebab takut. Heee...


Bersempena dengan hari kelahiran ko wahai Auni, Ibu nak siapkan satu manifesto. Dah kamu belum cukup umur nak ada blog maka kamu tak leh la wat manifesto untuk Ibu , ye dak...


  1. Ibu akan cuba memanfaatkan masa sebanyak mungkin untuk kamu. Ibu tau kamu budak bijak. Tak buleh lepa sikit, kamu cepat je copy paste apa yang orang cakap dan buat. 
  2. Ibu akan mula ajar kamu qiraat. Ayat pertama - Biasakan setiap perbuatan dimulakan dengan Bismillah. Skang tgh dok ajar baca Bismillah dulu.
  3. Ibu akan pastikan kamu menyahut setiap kali Ibu panggil kamu. Kalau tak , Ibu kejar ngan kayu api! 
  4. Ibu memang tak berkompromi kalau masuk bab kepentingan kamu. Berenti keje pun Ibu sanggup. Kamu yang cakap kamu taknak duduk ngan 'MAMA' kan? So, pasni kamu bekfes pun makan nasik. Heee..biar gemuk mcm Ibu. 
  5. Pas ni kalau Ibu suruh amik barang, sila gi amik laju-laju. hhHEhHHe... 
  6. Nak cakap ngan Ibu sila cakap bahasa mat saleh ok. 
  7. Sila buang pampes terpakai kamu di dalam tong sampah.
  8. Sila pastikan kamu bagi botol susu kamu dan adik kat Ibu dan suruh Ibu basuh cecepat. Kalau Ibu wat dono je anda dibenarkan korek telinga Ibu sampai Ibu bangun. 
  9. Kalau kamu nak tengok K-Pop, pastikan kamu buleh cakap Korea sepatah dua kata. Kalau tak No K-Pop for you. Eh, tapi remote tv Ibu yg pegang kan?
  10. Kamu dah pandai kira sampai 3 kan? Ok.. pasni kira sampai 28 plak. Ada bran? 

 Dah le tu. Bebanyak sangat kang anak aku stress lak nanti. Anyway, bersempena ngan hari lahir kamu, Ibu nak wat ucapan penghargaan plak.

  • Terima kasih kerana menceriakan hari Ibu dan Ayah.
  • Terima kasih jugak kerana membuat gigi Ibu longgar sebab asyik ketap gigi je tetiap kali kamu buat tatau je bila Ibu cakap 'JANGAN'. Besok besar jadila doktor gigi Oni. BUleh kamu balas jasa Ibu nih. HHAHAHAHAHAHAHA!
  • Kalau kamu ada senang Ibu. Buleh suruh amik remote, angkat barang jatuh, kemas mainan dan paling utama, kamu pandai bersembang ngan adik kecik kamu sampai dia tersengih kesukaan. 
  • Budak lain maybe jeles ada adik atau tengok Ibu Ayah dia dukung baby selain dia, tapi kamu tak plak. Kamu sangat suka baby. That's very impressive. 
  • Usia sekecik kamu, kamu paham yang bila orang lain menangis bermakna 'dia perlu dipujuk'. 
  • Terima kasih kerana tidak membuat bising ketika adik tido. 
  • Terima kasih kerana kamu skang dah tak susah nak ditidokan. 
  • Tapi... itulah. Kamu ni sangat payah nak berenggang dengan Ibu. Tak buleh tingal kat org lain selain pengasuh. LAin orang, kamu musti panggil Ibu jugak. Huuu... Terima kasih kerana buat Ibu terasa dihargai. Tapi, susah le Ibu nak kijo camni.

 









Kamu permata hati Ibu dan Ayah. 

Selamat Hari LAhir, sayang.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Instagram

    Instagram