Followers

10 Aug 2011

[Resepi] Kuih Cara Bergula

Bulan Ramadhan ni lah bulan yang sangat ideal bagi pasangan baru kawin untuk mencuba resepi baru. Time ni, blog resepi lah yang paling feymes. Macam aku, skang ni dah ada anak baru nak belajar buat kuih. Malas dah nak beli-beli sebab makin lama makin tak sedap. Aku paham la skang harga barang semakin naik kan?

Jadi, aku share sini resepi kuih cara.


Bahan-bahan:

  • 2-3 cawan tepung gandum
  • 100 ml santan pekat (aku pakai santan kotak)
  • 1 biji telur
  • 200 ml air
  • 100 ml air pandan
  • beberapa titik perwana hijau
  • gula

Cara-cara membuat kuih cara (apasal dia boh nama kuih cara ek?)

  1. Masukkan tepung gandum, santan, air, air pandan, perwarna dan telur ke dalam blender. Blend sampai sebati. TIPS: Adunan mesti pekat sikit dari adunan buat roti jala. 
  2. Panaskan acuan kuih cara atas dapo. Sapukan planta atau minyak dalam acuan tu. 
  3. Tuangkan adunan ke dalam setiap acuan. 
  4. Masukkan gula ke dalam setiap acuan.
  5. Tutupkan acuan tu dngan tudung periuk.
  6. Kuih dikira masak bila bahagian atas tu dah tak lembik-lembik. Cungkil keluar kuih dari acuan mengguna pencungkil gigi. (Kalau bancuhan tepung tu cair, kuih lambat masak dan susah nak keluarkan dari acuan)




p/s - berhati-hati bila makan kalau baru-baru masak. HOt StuFF nih! ngee~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram