Followers

18 Aug 2011

Persiapan Aidilfitri Yang Tak Sederhana

Selasa lepas gi Tesco plak dengan modus operandi pencarian baju raya cantik untuk anak-anak. 
Hehe.. 
Maafle. Ibu ni tak rajin shopping.
Bukan tak suka shopping tau. Cuma, takde skill. Bila sampai je shopping kompleks, jadi beruk masuk town. Habeh terberancai suma baju orang lipat cecantik. Baju sangkut-sangkut tu tercabut segala hanger. HAHAHAHAHEAHA. 
Tu la pasai aku lebeih suka shopping online jek.
Pilih-pilih kemudian bayar.
Takde la aku berhadapan dengan situasi promoter menjeling penuh ghairah amarah setiap kali aku menjahanamkan susunan baju diorang tuh!

Tabiat tak reti shopping ini terjadi kerana Abah aku lebih terer shopping daripada Mak aku. 
Tetiap kali Abah ngan Mak aku gi shopping kat supomaket besar, aku salu kena tinggal kat umah jaga adik-adik aku.
Camana la nak develop skill shopping?  Salahkan Abah aku lak kan? Selama aku berada di bawah bumbung rumah beliau, baju dalam haku pun dia yang pilih dan beli.
Skang dah bercucu pun, dia lagi terer pilih kasut dan baju cucu dia.
Last skali, aku pun kate....."ABah aje lah pi beli baju Oni.." Tetttt!~


Bertuah sapa dapat bini cam haku ni tawwwwww~ Tak gilo shopping.

Mana nak?

Nak bini suka makan ke bini suka shopping?

HAa... bek korang pikir bebaik. 


Raya kali ni aku berniat nak seragamkan baju raya untuk sesi penggambaran keluarga.
Photographer nya sudah tentulah Abah kan? 

Tahun ni beraya dengan keluarga aku plak.
Tahun ni, dah 4 kali aku dan Inche Kitchi beraya bersama. 
Kali pertama raya, kami baraaaaaru sangat kawen. Tak silap haku, kitorang raya kat Lumut masa tu sebab Inche Kitchi tak buleh cuti raya.
Raya kali kedua, umah parents aku, sebab aku dalam pantang. 
Raya ketiga, dah ada Oni - beraya rumah mertua di Kelantan. 
Hmm.. Raya bersama kali keempat?
Alhamdulillah... skang kami sudah berempat. Tambah lagi sorang rakyat. 
Meriah nyaaa.....! 

Maka, anak-anaklah yang bermewah dapat baju raya. 
Takde la beria sangat beli baju. Ekceli, baju anak-anak banyak yang dah kecik jadi, camana pun kena gi beli baju juga. Najwan lagi la kesian. Hanya pakai baju kakak aje sejak lahir. So, berkat dapat bonos ni, aku request Inche Kitchi belikan baju untuk si kecik tu lebih sikit. Najwan takde baju raya pun takpe. Dia bukan paham ponnnnnn baju raya tu hape. Ye dak? 

Untuk Kak Oni, aku carikan baju jalan yang baru dua tiga helai. Dapat sehelai seluar jeans. 
Hee.. comel.
Baju budak kecik lagi mahal dari baju orang tua.
Haih!
Memang kalau kita ni dah berniat nak guna duit untuk beli baju anak-anak , jangan mimpilah kita yang tua ni buleh tumpang sehelai dua. 
Spender 3 helai seploh hengget maybe buleh... 

Untuk Inche Kitchi?
Err..patut tak aku kata aku bersyukur sebab dia lansung tak kisah nak beli baju raya unuk diri sendiri? Normal ke camtuh? Aku rasa normal kot sebab lelaki kan? Takde kisah sangat bab diri sniri ni. 
Abah aku pun cemtu.
Nak suruh beli seluar sendiri pun, kena buat surat rayuan dulu rasanya. PAdahal, seluar yang kita suruh beli tu SELUAR DIA nak pakai. 
Balik-balik , seluar tu.
Balik-balik, baju t-shirt tu je dia pakai. 
Sampai Mak aku buleh hapal dah berapa helai baju nagn seluar dia bawak balik setiap kali balik kampung. Kalau tido umah sehari semalam, dia cuma berjalan sehelai sepinggang je. Tak yah beg pun. 

Elok le cemtu kan? Nanti pakai hensem-hensem kang, ado orang ngorat pulakkk.. Aku lak susah nanti. Ahaks!


Untuk aku?
Cukup la baju raya untuk hari pertama yang sedondon ngan Inche Kichi dan Oni. 
Ada sehelai jubah pemberian adik ipar aku tempoh hari. Kira banyak dah la tu. 
Selagi aku tak kurus, takdelah baju raya untuk aku. 
Tudung?
Tahun ni raya simple je. Takde pakai shawl-shawl kot. Pakai tudung bawal aje. 
Banyak giloh dalam laci. Yang tak pakai lagi pun ada. Tu pun tak lilit-lilit dah. Sebab, raya kali ni aku berbaby kecik . Kang beria sangat bersiap, rosak gak tudung aku sudahnya sebab kena tarik ngan Najwan. Lagipun, taruk pin kat bahu adalah sangat merbahaya kepada baby seperti Najwan. 

Kasut baru pun tadak. Tak sampai seru lagi nak beli kasut baru buat masa skang ni. AKu cuma masih mencari kasut raya untuk Oni je.

Kuih raya suma aku tak buat. Beli jelah kot. Selalunya, aku rembat kuih raya umah Mak je. Hehehe.. Mak musti wat lebih punyo. Rumah pun takde siap-siap sangat. Tak payah tukar-tukar langsir nih. Tahun ni last aku nak dok sini. Dah pindah sok baru beria siap umah ye.

Gitulah serba-sikit citer persiapan raya aku.



Cuma, terpikir dalam kepala hotak aku...

Andai Aidifitri ini adalah yang terakhir untuk kita, bagaimana ya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram