Followers

23 Aug 2011

Penat!


Kemain berlari-lari si Oni dengan takaburnya tanpa mempedulikan panggilan untuk bekfes. Aku dah siap masak bubur nasik bercampur daging dan kentang. KAlau takde sup, Oni lebih senang makan bubur. Dan ayam goreng. Si Adik dah bangun tapi selagi dia tak bising, selagi tu lah aku tak jengah dia. 

Macam ribut rumah aku bila Oni lari-lari keliling meja makan. 
Pehtu dia merengek mintak tabung syiling. 
Nak masukkan duit dalam tabung, katenye.
Nak bagi dia diam, aku pun layankan jelah.

Praaanngg..........
berterabur segala syiling sekupang, dua kupang dan lima kupang.
Hah, lantak la. Janji tak kaco Ibu. 


Jam menunjukkan jam 10 pagi.
Adik dah merengek.
Pampes dah basah la tuh. 
Aku gi masak air. Najwan mandi kat sinki je. 
Kalau hari tak hujan, aku bantai bagi mandi air paip jek. 
HAHAHA.. Kasi lasak sikit. Dok mandi air suam je, sok nak jalan umah orang payah. 


"TAk mo makan suda. Ibu nak kasi Adik mandi. Kang dia nak tido.." kataku sambil menjeling Oni yang terkebil-kebil memandang.

Dan-dan la bila dengar aku nak mandikan Najwan, cepat-cepat bangun. 

"Ibuu..............nak andii...." rengeknya sambil tarik seluar pendek yg dipakai. 

Mulalah la nak wat hal tu. "Iskk.. Tadikan dah mandi. Petang satgi la plak.." Kataku , tapi tak pandang muka dia. Konon aku ni merajuk la sebab dia tak mo makan nasik tadi. 

Oni diam seketika. Kendian merengek balik...

"Ibu..............nak bayengg (baring).." sambil tangan tunjuk buai. 

"Jap..ibu nak mandikan Adik..." kataku lembut. "Gi sambung main duit pih.."

Oni ikut je. 

Tetiba....






GREEEENNNNGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!

Pakcik mesin rumput datang potong rumput kat bawah. Kuat bebeno bunyinye. 
Serta-merta , Oni terpa kat aku sambil nangeh macam nampak antu. 
Nangeh..dan nangeh..dan nangeh.... 
Habih kuar ingus ngan air liur. 
Waaaa.. takut sungguh dia ngan bunyi mesin tu.

Dah dengar si Kakak nangeh, Adik pun tumpang sekaki nangih jugak.
Aku tak sure la Najwan pun takut ngan bunyi mesin rumput ke hape... 
Tapi kalau Kakak brenti nangeh, Adik pun brenti. 
Bila Kakak sambung nangeh, Najwan pun nangeh balik. 


Walaweehh!!!


Patut tu aku suruh pakcik mesin rumput tu balik je? 


Namun, sebagai Ibu yang sangat handal ber'multitasking' ni, Ibu cool je.. *Perasaan nak mampos~ 

 Cara-cara nak handle anak menangis serentak ialah...


Buat bodoh je macam takde pape yang berlaku. 
Teruskan pekerjaan rutin anda. 
Aku teruskan gak aktiviti memandikan Najwan, dan Oni lak melekat je mukanya kat bontot aku sambil nangih. Abeh aaa seluar aku ngan ingus dia. Sambil mandikan Najwan aku pun berkata...

"Tu laaaa... sapa suruh tak dengar cakap Ibu tadi.. Ibu soh makan takmo kan. Tu mesin rumput da dah datang nak amik Ibu. Baaii.. Ibu nak gi ikut mesin rumput....."



Pe lagi....


LAgi KUAT la Oni nangeh!!!



HAHAHa..aku kan kuat mengusik. 
Sapa soh dia usik aku dulu, kan? 
AHAHAHA.. Tibalah giliran Ibu plak mengusik kau. Rasekan! 


Lepas mandikan Najwan, aku kasi susu. 
Oni masih nangeh, merayu supaya aku tak gi ikut mesin rumput. Nak bagi dia diam, aku tutup la pintu cermin. Kurang le sikit bunyi bising mesin tu. Tapi, bila aku tutup, Oni marah lak.

"Jangan tutup. Oni nak tengok......" bebelnya sambil bukak balik pintu cermin tu, dengan esakan.

Pehtu...... DIA NANGEH BALIK!!! 

Weh, tak paham lah! 
Tak paham!
Dah la..malas la nak layan.
Nangeh je la. 
Ibu layan Adik je lagi besh. Aku dukung Najwan nak masukkan dalam buaian.

"Ibu!!!! Nak bayenggg (baring).." tetiba Oni lari kat aku plak. Tak kasi aku masukkan Najwan dalam buai. Ni adalah sifat kebiasaan Oni lah ni. Kalau Adik nak dok buai je, tetiba dia ngantuk, nak baring. NYAMPAH~


"Gi la tengok mesin tu. Nanti Adik tido kang, Ibu bagi Oni tido dalam buai plak ek.." pujukku. Oni diam. Pehtu, gi amik bantal busuk dan baring atas riba aku plak. Wah, kalau kecik takpe. Dah besar panjang dah Oni.

Sudahnya......





 Najwan tak tido pun. 
Disebabkan Oni dok tenyeh mata berulang-kali, aku angkat Najwan boh dalam baby cot, dan masukkan si Oni ke dalam buai. 
Tak sampai 5 menet, terus tido si Oni. 

Najwan?

Lepas habih 3 botol susu, lepas penat aku cium dan gigit pipi dia, lepas salin pampes sekali lagi, lepas 3 kali disendawakan, barulahhhhhhhhhh beliau tido. 


Penattt!!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram