Followers

5 Aug 2011

Najwan yang tertewas


Sian kat aku. Aku sesema. Badan rasa lemah je. Pehtu ngantuk. 
Semalam, Najwan demam. Semalaman meragam je. Kesannya, Ibu tak cukup tido.

Aku memang takleh tak cukup tido. 
Natijahnya, aku akan dapat sejenih penyakit yang memang aku takleh tahan - SELSEMA. 
Ubat penyakit ni, adalah tido mati selama 8 jam tanpa iklan. 
Tapi, camana nak tido mati kalau time haku nak tido, anak-anak dah bangun?

Maka, aku mintak Apak jaga anak-anak kejap sementara aku tido. 
Tido start lepas Subuh, sampai la jam 9.30pagi. Bila bangun pun, kepala aku dok pusing-pusing agi tapi ok la sikit dari sebelumnya. Nasib baik Apak ingin bekerjasama. 
Dialah yang menguruskan Oni sepanjang masa aku tido. 
Bila aku jaga, aku tengok Najwan dok atas riba beliau dah. HUhuhu...


Tengahari, Apak balik. 
Sekali lagi, aku tertido atas tilam lepas akuk tidokan Najwan.
Oni berlari-lari seperti biasa. 
Tetiba, Najwan nangeh. Aku tau dah. Oni musti main lori sebelah katil Najwan sebab cara nangeh tu menandakan Najwan terkejut. 
Huu... Payah nak pujuk kalau nangeh terkejut nih.

Oni kena marah ngan Apak. 
Oni nangeh. 
Apak suruh main jauh-jauh. Suruh duduk ngan Ibu.
NAjwan masih nangeh. Haa..skang dedua anak aku nangeh. 
Aku? 
Takleh nangeh.
Aku amik Najwan, masuk dalam bilik.
Oni nangeh panggil aku. Dia ingat aku merajuk kat dia.
Dalam bilik, aku pujuk Najwan. Bagi susu. 
LEpas kenyang, Najwan refuse taknak tido jugak. Nak berdukung. 
Bila letak je, dia golek-golek sambil tenyeh tangan kat muka. 
Nak suruh dukung la tu.


Pantang menyerah kalah. 
Aku bukak lemari, amik kain batik.
Najwan yang nampak lalok-lalok tu aku angkat , letak atas kain batik yang aku hamparkan atas tilam. 
Pehtu, aku bedung Najwan ngan kain tu. Ketat-ketat. 
Ape lagi, marah le budak tu cuba melepaskan diri. Namun, ia cuma bertahan 5 menet je. 
Lepas tu, Najwan tertido keletihan akibat meronbta-ronta takmau dibedung.

Maka....

Pemenangnya ialah IBU!!!!! Horeyy HOreeyy!!!


Ok... jom dok depan tv bawah ketiak Apak lak. Oni, ko dok elok-elok sikit ek. 
Jangan dok meloncat sangat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram