Followers

3 Aug 2011

Najwan pi cucuk

Tak ramai pulak ibu-ibu kat Klinik Ibu dan Anak di A10 hari ni. Megik!

Eik, aku wat pe gi klinik tu? Mengandung lagi kah?


HAhaa..tereris la aku kalau ngandung sebaik sahaja abih pantang kan? Hari ni aku bawak Nur Najwan Muhammad itu pergi cucuk. Dia kan udah sebulan lebeh? Najwan restless sejak semalam. Bangun seawal 4 pagi mintak susu. Aku lak dah tak tido dah. Panaskan lauk dan nasik untuk santapan Inche Kitchi yang berposa. Aku, tak posa ke? Lepas nyusu, biasanya Najwan tido tapi hari ni dia tak mo tido lak. Asal aku baringkan je, celik. Tapi, dia tak nangih. Cuma bunyi mendengus-dengus tanda rimas tu buatkan aku plak yang rimas mendengor nye. Maybe dia tau kot dia nak kena cucuk hari ni.


Kak Oni lak bangun bila terdengar adiknya bising-bising.

"Ibu, adik aga..."


Tu lah ayat beliau setiap kali adik nya bangun. Kadang tu adik dia kentut sampai diri sendiri terkejut pun, Oni buleh dengar. Dok ulang banyak-banyak kali 'ibu, adik aga...' sampai menyampah lak dengar. Ye la..Ibu tau la adik tu jaga. Ibu dok tengah riba adik ni pun dia datang kat aku  "ibu.... adik aga..." HAIH!


Inche Kitchi kena masuk opis lewat sket sebab dia kena babysit Oni. Ala..Oni skang dah pandai main sniri dah. Bila dah boring sangat baru dia merengek. Dah pandai membiasakan diri dengan keadaan sekeliling dah. Dulu, tido nak kena bertepuk bontot. Skang, dia buleh tido sendiri dah. Alhamdulillah....


Timbang berat Najwan dan ukur ketinggian beliau. Berat terkini: 4.75kg. Panjang aku tak ingat lak berapa. Tapi tambah 2cm je dari masa lahir dulu. Yang tang berat tu la yang besh. Terlebih carta. HAHAHHAA... Kak Barirah cakap Najwan cam pompuan lak. Iskk... Dulu, masa Oni, dia kata Oni nampak cam laki.

masa cucuk, Najwan tengah sedap tido. Yelah, pagi kan? Dah le tadi 'bangun sahur'. awak baru nak layan lena sedap-sedap, sekali kena cucuk kat peha. Waahaaa... nangeh kemain kuat sampai suma orang beralih tengok. Najwan dah le putih melepaks. Muka terus BERTUKAR kaler merah.

Eh, nk pi masAk lak. Anak-anak dh titon...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram