Followers

12 Aug 2011

Mari berangan-angan

Apsal ntah aku stress semacam hari ni. Bad hair dah kah? Err... aku rasa cam aku nak potong rambut. Semak dah ni. Probably getting a new hair cut could return my sanity. 

Berapa kali dah aku mengemas hari ni. Asal Oni jaga dari tido je, dia memunggah. Skang Najwan dan Oni dah tido balik. Nasib baik ada buai. Senang sikit nak tidokan Oni. Adik beralah jugak lagi. Lagipun Najwan nampak cam tak selesa dibuaikan. Asal buai berenti je, dia jaga. Dia lebih selesa tido meniarap atas bantal Apak. Sedap kot?



Tuka tajuk.



Kali ni aku nak citer pasal perabot rumah. 
Besok-besok (yg merupakan entah bila nak pindah ni) aku akan kena beli perabot jugak.
Sebab duduk rumah kerajaan ni, segala perabot suma dah ditulih hak-milik-kerajaan. Jadi, takleh le amik. Kalau buleh pun, aku tak hengen kot. Hihi..sungguh tak bersyukur punya statement. 




Sofa cam kat atas ni memang aku tak beli. Tak suka. Anything yang ada ruang kat bawahnya memang aku tak gemar. Sebab, ia buleh mengundang habuk bersembunyi di bawahnya. Bukan setakat habuk, memacam buleh ter'sorok' kat bawah tu. Menan, botol susu, bola, kertas, buku dan bla bla bla. Err..orang pun buleh nyorok bawah tu kot? HAHAHA... Aku memang tak kenan sebab bila aku duduk rilek-rilek dan tetiba ada je menda kat bawah kusi , perangai OCD aku datang dan aku terus jadi stress.





Sofa macam kat atas ni memang dibolehkan. Kalau yang terus melekat atas lantai tu , lagi okeh bagi aku. Aku dah ada pengalaman dah ngan kusi-kusi sofa berkaki ni. Sure ada je menda kat bawah kusi tu tau. Aku rimas! Jadi, sofa cam kat atas ni adalah sesuai untuk jiwa aku.




Sama jugak la untuk katil pun. Ini sama sekali bukan faveret haku. Ni contoh je la. Tapi, katil yang ada ruang kat bawah cenggini aku tak minat. Hantu suka nyorok kat bawah tu tau! HAHAHAHAHA... Betul.



Haaaa... jenis ni sesuai untuk aku. Biar rendah tak pe. Aku tak kisah. Tapi camni smart kan? Yang penting, ada tempat letak spek aku kat tepi tu ha. HAHAHAH.. Takde la aku teraba-raba cari spek aku bila bangun mengejut.



camne nak tido katil cenggini?

ni dah cam keranda la plak...


Huhuuhu... sekian la sesi merepek saya pada petang ini. Entri ini ditulih khas bersempena dengan pemberian bonoih raya oleh kerajaan yang diumumkan bebaru ni. Saje bagi idea kat korang.. kikikikikik..

Untuk berangan dengan lebih mendalam lagi buleh klik katalog ni.. sure besh punyo!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram