Followers

6 Aug 2011

Mandi Wajib lewat tak buleh puasa?

 Adapun aku selalu sangat mendengar alasan orang tak puasa lagi-lagi pompuan yang makzuroh (tapi dah habih dah haidnya) semacam ni..

"Aku bangun lewat. Sedar-sedar dah kol 7pm. Aku tak sempat mandi wajib pun.."

Dan ada yang cukup takut nak berjimak ketika bulan Ramadhan, bimbang kang terbangun lewat, terlepas Subuh maka boleh kena kaffarah - puasa 2 bulan berturut-turut.




Tidak menjadi masalah mandi junub selepas imsak, malah selepas masuk waktu subuh. Ia tidak memberi sebarang kesan kepada puasa. Yang perlu dijaga ialah jangan bersetubuh selepas masuk waktu subuh kerana ia membatalkan puasa. Adapun bersetubuh sebelum masuknya subuh, ia tidak membatalkan puasa sekalipun mandi junub dilakukan selepas subuh. Saidatinia ‘Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. pernah menceritakan bahawa; “Nabi s.a.w. pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Jadi bagi orang yang bersetubuh dengan isterinya, harus melewatkan mandi junub sehingga selepas masuk waktu subuh. Begitu juga, bagi wanita yang terputus haidnya pada sebelah malamnya, tidak batal puasanya jika ia menangguh mandinya hingga selepas subuh. Namun demikian, menyegerakan mandi dalam semua keadaan ini adalah disunatkan.

Wallahu a’lam.


Mandi junub lewat tu takpe. Yang kena kaffarah tu ialah orang yang bersetubuh di siang-siang hari time bulan puasa. Ada ke paham? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram