Followers

21 Aug 2011

Lulu Caldina attack gua lagi

Dah menjadi Ibu kepada 2 anak yang kecil-kecil, payah sikit aku nak curi masa berblogging. 
Maafla kawan-kawan. BUkan aku lansung tak blog-walking. 
Ada je aku ni cuma tak meninggalkan jejak je. 
Entri pun sehari satu je. 
Kalau time keje sampai berbelas entri sehari. Skang, selang 2 hari baru leh siap satu entri.
Idea takde kerana terlalu letih. 

And maybe dek kerana terlampau keletihan sebaik saja anak-anak tido di malam hari, aku yang bercadang pada awalnya nak berblog terus terpeleot atas tilam. Najwan bangun selang 3 jam untuk menyusu. 
Jadi aku perlu manfaatkan masa senggang dengan rileks. 
Nasib baik Oni dah buleh dikawal. Cuma kena berjaga-jaga agar Najwan tak menangis kuat sampai Oni terbangun. Kang kalu ONi bangun, payah plak nak tidokan dia. Maka, bila Najwan nangih, aku kena cecepat bangun. 

And maybe kerana keletihan yang amat sangat itulah emosi aku tak stabil sehingga menyebabkan aku jadi macam ni.   
Kesian tak?


BUat kawan-kawan fesbuk dan bloggers sekalian, terima kasih di atas ucapan selamat hari lahir dan ucapan selamat ulangtahun untuk kami. Bulan Ogos ni macam bulan 'kebesaran'  bagi aku. HAHAHA.... Thanks buat Iyan Shazlind yang begitu gigih wish besday sampai 2 kali kat shoutbox. Sekali tu salah tarikh daa... HAHAHHA. Tapi tu tak penting. Yang penting, EFFORT kan?


Sekali lagi budak ni berjaya men'touching'kan aku. Buat Lulu Caldina, Makbed tak sentap pun Lulu wish lambat. Even Lulu nak wish minggu depan pun, Makbed terima dengan senyuman dan gembira. Bagi aku, kita ni lansung tak pernah berjumpa. Hanya kenal dari jauh dan sesekali berbalas email. Dapat ucapan penuh tulus dan ikhlas dari kawan yang camni pun kira besar rahmat dah. Sedangkan orang lain yang dekat-dekat pun belum tentu ingat hari istimewa kita kan? 
TERIMA KASIH. Terimalah ciuman sayang dariku...
MySpace



Thanks jugak buat Nini D yang marah aku tadi. HAHahhaaha.. Ok la..pasni aku jaga makan.
Ekceli, aku kena keracunan makanan. Cirit birit sampai la tengahri tadi.
Kesudahan citer bezday suprise aku tu, aku akhirnya makan kek dengan mata bengkak.
That was the most embarrassing moments yet somehow I kind of expected that. Bonos la for Inche Kitchi sebab aku memang termenangih plak time tu kan. Musti dia bangga kerana berjaya mengkantoikan aku dan memang sampai ke anak cucu le aku kena kutuk besok-besok. Grrrrrr..... 


Menjawab pertanya terakhir Lulu - jadi ke nak naik pangkat jadi ibu sepenuh masa?




Jawapannya ialah.....








 Insyaallah.... Makbed akan bagi folo up dalam blog nanti. Semestinya saat hand over surat resign adalah saat yang penuh cerita. Hehehe..





Rasa puas hati sangat menjaga anak-anak sendiri sampai jadi tembam camni. 
Najwan dah bijak memberi senyuman. Dan sudah buleh diajak berborak. 
Geram tak? 
Sapa nak cubit pipi dia sila lah datang umah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram