Followers

24 Aug 2011

Lagi sekali kamu nangeh, Ibu hantar ko gi kem askar..... eh?

Sekali lagi..wat entri laju-laju..


  •  Ada rejeki lebih dalam akaun bank hari ni. Aku dah niat dalam hati nak hadiahkan beskal untuk Oni sempena bezday , jadi aku gi la beli beskal. Bajet ratus la sebab tengok kat Giant cam mahal. Kak As the baby sitter suggest aku gi beli kat kedai beskal depan Billion. Dapay half price dari yg kat Giant tu. Alhamdulillah. Besh dapat tengok Oni sengih kesukaan. Hepi besday , sayang.
  • Bebuka di Secret Recipe hari ni bersama suami dan anak-anak. Najwan meragam je hari ni. Tak dapat nak masak. MAsa berbuka pun dia meragam.
  • Singgah kedai baby, Kiddies nak beli puting botol susu MAM untuk Najwan. PAstu nampak pacifier MAM. Aku tenung lama puting tu. Nak beli ke tak? Perlu ke Najwan isap puting. Tapi, Najwan menunjukkan tanda-tanda memerlukan sesuatu untuk buat dia bertenang sebab sejak 3 hari ni , Najwan lebih banyak berjaga dari tido. Kalau tido pun , sekejap-sekejap terjaga. Ingatkan perut kembung, tapi tak pun. Mata aku dah jadi panda dah ni. TAk campur ngan sakit otak lagi. Akhirnya, gamble. Beli gak puting tu. Kecik je. Sekali sumbat je , Najwan terus tido dengan tenangnya. Hmmmm....
  • Balik rumah, Oni yang excited dengan beskal baru ralit menjalani latihan pemanduan berhemah dalam rumah. Tak pandai kayuh lagi. Pelan-pelan belajar. Tapi, perangai suka merengek tak abih lagi. Tersekat laluan sikit, nangeh. Tayar tersangkut, nangeh. Asek nangeh je. Nyampah plak aku. Last skali, aku angkat beskal tu boh dalam bilik. Tutup pintu. Oni nangeh penuh kekecewaan. Aku masukkan Oni dalam buai. Bagi susu. Terus tido 10 menet kendian. Tengok besok lak. Kalau ko nangeh lagi, Ibu sorok lagi beskal tu. LAgi teruk nangih, Ibu hantar ko gi Kem Bina Semangat. MAU??
  • Najwan pakai pampes saiz L. Sama ngan Oni. Silalah percaya. Huhuhhuhhuh... 
  • TEngkuk aku sakit. Stress ke?

Sekian saja laporan dari bilik berita. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram