Followers

21 Aug 2011

Kisah seorang Makbed yang sentap

Hari lahir yang di'jadual'kan pada hari semalam iaitu 20 Ogos merupakan hari yang paling tak besh buat aku. Aku sentap. 
Tak wish lansung. 
Kalau tak wish hepi besday utk aku pun, at least wish le happy anniversary ke  kan? 
Dah hilang value ke aku ni? 
Bukannya susah aku ni. Takde pun aku mintak keta ferrari ke, peti es baru ke..Keta lembu pun aku tak mintak. 
Tapi tu la.

Terasa cam segala pengorbanan dan segala kesakitan yang aku harungi sengsorang tu tak de sapa hargai. Kalau dah takde ucapan kasih sayang dari si dia, orang lain yang bagi aku ucapan selamat tu aku rasa tak de makna. Kenapa musti orang yang paling dekat di hati aku mengambil tindakan taknak menghargai diri aku dan institusi perkahwinan yang kami tubuhkan ni? Nak tunggu hari-hari biasa disayangi berlebihan, dilayan penuh mesra, memang la takda kan? Hari-hari sama je.
Di hari spesel aku ni, takde pun dia nak bagi layanan spesel. 
Spesel camne?
Kasi la aku mc buat keje rumah ke.... Tolong handle anak-anak ke.
Ni tak, Najwan punya pampes basah pun usaha kejut aku soh salin. 
Salin sniri, tak bley?

Hali ini besday gua maaaa~

AHHAHAHA.. buleh ke cam tu?

Pulak tu, kesehatan aku tidak memuaskan sejak hari sebelumya. 
TAk pepasal aku kena semput beserta pakej percuma selsema. Perut ni pun berdenyut-denyut je. Nak piyed dah kot? 
Pil dah tinggal 2 bijik je lagi. Tunggu masa je la sebaik saja pil tu habih nanti. Aku dah lupa simptom PMS. Seingat aku, bila cikbulan nak datang, aku musti selsema nak mati. Sampai kena amik ubat untuk menenangkan idung aku. Pehtu, mesti kena tido. Takleh berajin-rajin sangat. Kalau tak, lambat le baik selsema bulanan aku nih. Ni dah 9 bulan lebih tak menerima ketibaan cik bulan, so aku jadi bodo le kejap.

Taknak le bersentap-sentap ngan suami.
Tak baik kan?
Ekceli, dia bagi ape aku cuti masak sebab malam tu kitorang berbuka dengan rakan-rakan Honda Accord di Orchard Inn. Heee... layan gak la makan ketam goreng tepung tu. 
Tak dapat menikmati juadah dengan girangnya sebab Najwan tak moh dok diam-diam. Meragam je.
Perut masuk angin agaknya. 
Aku hepi..Dah lama tak makan spageti. Sedap rasanyaa... Dan tidak dilupakan air bandung dan laichikang. Suma tu lama tak rasa.

 2 jam selepas berbuka, perut aku mula bergelodak. Kepala terasa pening. Takkan le aku 'bentan' plak sebab makan ketam? Aku da abih pantang pon. Aku dok depan pc tengah cari idea nak berblog, tapi takde mood. Dengan emosi tak stabil, kesihatan pun tak berapa nak dipastikan ok ke tak, mood untuk apa-apa je pun TAKDAK.

 Kendian aku terpandang Inche Kitchi yang sedang bergurau-senda ngan Oni. Eh, macam takde pape yang berlaku plak. Dah masuk Isyak pun taknak wish hepi sebeday kat aku?
Hah..mulalah sentap lagi skali. 
PEhtu, mamat ni asyik dok men fesbuk, pehtu dok sms sambil tersenyum-senyum plak. 
Aku tak dulik la dia sms sapa pun. Dia yang bayar bil kan?
Mustahil dia lupa hari ni hari spesel aku sebab dalam fesbuk kan ade memberi reminder.
Jangan tatau, dalam fesbuk pun takde wish hepi besday utk aku.
Huh! Sakit tak hati?

"Awak nak kuar ke malam ni?" tanya ku sebab biasanya hari Sabtu dia akan keluar malam. Aku harap sangat dia tak kuar malam ni.

Tapi, dia kata "Ha'ah. Kang nak kuar.."

WHATTTT da fooott??
Takkan nak kuar?
Tadikan dah berbuka sesama ngan kengkawan tuh? Malam ni tak gi takleh? 
Suma soklan tu aku tanya dalam hati je. Kang tanya kuat-kuat dah kata aku ni keta queen control plak. Tapi, makin lama tengok dia dok tekan-tekan henpon, makin menyampah pulak aku tengok.

Rasa nak terberak lak. Dengan rasa menyampah kat laki sniri, aku berjalan masuk bilik , tutup pintu dan gi berak. Tapi, 5 menet menunggu , takde pe pun. Lain plak yang jadi.

"BLUWEEKKK!!!!" perut aku memuntahkan segala hapa yang aku makan tadi. Toksah citer la apa kandungannye kan.

Habih aku cuci mulut, aku gi duduk kat katil. Perut aku sakit yg amat sangat. 
Keracunan makanan ke aku ni? 
Dah duduk sengsorang dalam bilik, dalam gelap tu, aku tetiba teringat nak sentap balik.
Heee.. Mulalah bertanyakan soklan bukan-bukan. 
Aku pun tatau apasal aku sentap over sangat ni. 
Aku cuba cari jalan cemana nak maafkan Inche Kitchi kerana lupa nak wish hepi eniberseri kat aku... 
Tapi, kendian aku teringat..

Eh, aku punn tak wish hepi eniberseri kat beliau. So?

Gitulah aku bermonolog dalam hati. Tapi, hati aku ni tak mau ngaku kalah. 
Kalau dia tak wish apa-apa kat aku, of course la tak jadi efek pape kat jiwa dia kalau aku tak wish pape kat dia kan? Hahaha.. kejam tak? 
TApi, hati aku nak kejam camana...Kalau dengan Inche Kitchi, aku takleh nak marah lama-lama.
BUat penat aku je.

Tetiba, terasa nak muntah lagi. Gi lari-lari masuk jamban.
BLUWEKKK!!! 
Payau terasa tekak. 
Muntah dah tukar kaler pink sikit-sikit. Tu penangan air bandung la tu.
Dan tetiba, aku menangis kat tepi jamban tu. 
Tak pepasal je kan? 
Menangis sebab awalnya aku meneran nak muntah sampai berair mata dan nak terkencing-kencing. Keduanya, sebab aku memang terasa nak menangis akibat tahap emo aku yang tak stabil nih.

Nangeh...nangeh... dan nangeh ....... 
selama 10 menet kot.  
Then brenti sebab idung dah bersin-bersin dan selsema datang kembali. 
Tu la...sapa soh nangeh?
Kamon la Makbed, takkan pasal orang tak wish hepi besday ko nak nangeh plak? 
Mana jiwa kental ko?

Tapi... ini bukan orang biasa-biasa. Orang ini ialah LAKI AKU. Mestilah kena sentap okeee.

Dah penat dah muntah ngan nangeh, aku gi baring kat tilam balik. Sebelum tu aku capai minyak angin sikit sapu kat idung. RAsa nak nangeh lagi...

Tetiba...





-_-






"Oi, Ida ngan Kurau mai ni..." panggil Inche Kitchi sambil bukak suis lampu bilik.

Alamak... kantoi lak nangeh. Cecepat tutup muka ngan tuala.
Lupa kunci pintu la. 
Tapi, apsal plak jiran aku tetiba mai umah memalam ni. 
Tak pi terawih ka?

Nak muntah plak dah!
GI muntah dulu. 
Sambil muntah , sambil nangeh. 
Tapi, masa tu tak nangeh sebab emo dah. Nangeh sebab dah tak larat nak muntah. 
Berapa kali aku kuar masuk jamban tu.
Sampai dah takde isi perut lagi yang bileh dimuntahkan. Tapi, perut aku masih lagi bergelodak.

Sebelum kuar menyambut ketibaan tetamu tu, aku gi gosok gigi dulu. 
Ya Rabbi, mata bengkak dah!
Tu la..aku bukan buleh nangeh. MAta musti sepet punyo. 
Iskk..malu la nak kuar camni. 
Tapi, tak baik la orang datang umah kan? 
Ida plak tu. 
Aisey... kang musti Ida tau aku gado ngan Inche Kitchi. 
HAHAHA.. gado ke?

 Ni apsal lak perut aku ni?
Nak terberak tapi tak berak-berak pun. 
Aku kena keracunan makanan ke?
Otak aku cuma ingat balik apa aku makan, tapi sebab emosi aku sedikit tak ok pikir pasal hal besday tu, jadi tak ingat lak. Hampeh.

Aku sapu minyak sikit kat perut. Sapu kat idung. Pastu aku kuar. 
Lantak le nak mata bengkak ke, idung senget ke. Tak dulik dah. 
Eh, comel ape mata sepet merah-merah nih, kan?

Sebaik je aku kuar, tetiba aku melihat ONI SEDANG POSING BAEK PUNYO DEPAN KEK CHOCOLATE INDULGE YANG SANGAT BESAR. Apak dia sedang menyalakan lilin.
Ida tengok aku sambil sesengih...

"Awat mata merah? Touching ke??" tanya nya....


Habeh dah citer aku......


Best tak?






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram