Followers

15 Aug 2011

Kisah budak yang sangat suka melihat Apaknya memegang rotan (tajuk cam hampes)



Udah sampai rumah dah. Legaaa.... Nak masak untuk berbuka?
Emmph.. malas!
Kepsi sudah. Besok baru ada semangat nak masak.
Hari ni semangat nak try baju raya je. 


Tatkala Inche Kitchi mengumumkan bahawasanya bonoih beliau dah masuk, aku terus claim duit beli baju raya. HEEE....
Sampai-sampai umah dari Penang tadi, aku terus ajak Oni gi butik.
Apak , tinggal jaga baby. HUAHAHAHUHAUA... *Bini kejam.


Balik rumah lepas beli baju raya, dedua beranak dah letih.
Tapi si Ibu bersemangat nak try baju raya lagi sekali.
Si Oni lak, dah keriau , ngantuk la tu. Dia sibuk-sibuk pegang buaian , nak tido dalam tu.

"Nak nayekk..Nak nayeekk... " maksudnye 'nak naik' la. 

Tapi, takde sapa pun layan dia.
Aku sibuk menguruskan Najwan yang merengek sebab pampes dia dah basah.
Apak la cam biasa la.. Rengekan Oni tu macam lagu sedap yang dia request dalam PILIHAN BERSAMA RADIO MUZIK. Dia layaaaaannn je.

"Jangan panjat-panjat besi tu Oni. Nanti jatuh...." kataku dari kejauhan.
Oni memang suka beradventur di sekeliling besi buaian tu. LAgi dilarang. lagi menjadi-jadi dibuatnya. Kadang tu, Apak sampai pegang rotan la punya menyampah nak ulang perkataan 'JANGAN' banyak kali. Kalu cam haku ni takpe la, mulut tu ringan je nak menegur.
Tapi, Oni macam makin suka je dengar kitoang larang-larang dia cemtuh.
Selalu tu dia loncat-loncat keliling buaian sambil mengerling Apak. Kalau Apak wat dono je, dia akan meneruskan aktiviti wel-wel beliau di sekeliling buaian ibarat seorang red indian menari-nari keliling ayam panggang.
Bila Apak bangun pegang rotan, Oni cecepat buat muka cencorot sambil menyorok di belakang bontot ibu yang berdiameter besar ni.


Tetiba...







KELETANGG!!!!!






Buaian besi itu tumbang perlahan-lahan ke atas tilam yang memang dah terbaring atas lantai ruang tamu.
Oni tersepit di celahan kain batik yang menjadi kain buaian tu.
Apa lagi, menjerit la. 


"Ibuuuuu!!!!!! Ibuuuu!!!!" Oni memanggil dengan wajah panik.


Isk ..iskk..Bukan tak kesian. Kesian. Tapi kan...... Kelakar plak aku tengok.
Haaa.. tu la Oni. Kalau degil , tak dengar cakap Ibu, memang kesudahan nya membuatkan Ibu ngan Ayah gelak terbahak-bahak. Ada je menda kantoi yang ko buat.


NAsib baik la menda tu jatuh atas tilam. Kalau jatuh timpa kepala camne? HAdehh... NAsib baik gak la, Najwan tak tido dalam tu. Tapi, cuak gak la muka si Oni. Lepas nangeh-nangeh sebab terkejut yg amat sangat tu, Oni tido terus. Huuu...


Maka, berakhirlah aktiviti wel-wel Oni pada hari ini......

Sekian.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram