Followers

9 Aug 2011

Kebaikan memakai baju jarang sampai nampak bra polka dot

Tadi haku gi beratur nak cucuk duit , ada la satu ah-kak ni kan. Pakai baju ala-ala opis gitu, kaler putih.
Dia pakai tudung. Bagus. 
Menutup aurat. Tapi...

Apsal tudung dia cekak leher ketat bebeno? Sengaja diikat ke belakang sampai nampak leher.
Dia plak pakai kemeja. 
Hurm... malasla nak cakap bab tatacara pakai tudung kan? Dan aku pun taknak cakap pasal tu. 

Yang menjadi tarikan kepada aku ialah baju di dalamnya. 
I mean, literally 'baju dalam' dia. 
Aku buleh nampak jelas objek yang tertera atas baju dalam tu. 
Objek hape? 
HAih! Korang ni. Bukan objek 'tu' la. 
CORAK yang ada atas bra tuh. 
Ala.. skang kan banyak bra yang bercorak-corak. 
Ada gambo buah temikai la, buah laici tapi yang paling femes, buah ceri kaler merah bersepah seluruh bra. Cantik kan? 
Baju dalam version ni tidak dibenarkan pakai kalau masa sekolah-sekolah dulu. Masa aku dulu, pengawas ngan ustazah siap selak tudung lagi check ko pakai baju dalam bunga-bunga ke, katun fido-dido ke..
HA.. suma tu tak bleh tau! Dia suruh tanggalkan balik asrama tukar time tuh jugak. 

Berbalik kepada citer ah-kak yang aku jumpa ni.
Punya la ralit aku dok menengok baju dalam corak-corak ah-kak tu sampai aku tak pasan ada manusia-manusia lain pun turut sama menontonnya. Ih..Ih... Op kos le laki kan. 
HAHAHA... 
 
Aku pulak yang malu. 
Tapi, kalau aku tegur ah-kak tu kang, lagi plak dia malu. 
Tapi kan, takkan le dia tak perasan baju dia tu jarang dan baju dalam dia tu agak kelakar untuk dipakai bersama baju jarang tersebut? Takkan time bersiap tu karan takda kak?

Bagus gak dia pakai camtuh. 
MAybe berkesan untuk potong barisan panjang ketika beratur cucuk duit.

Teringat citer Abah aku bebaru ni. 
Dia kena gi kursus hapekemenda ntah. Situasinya sama gak.
Ada perempuan muda , maybe lawyer kot pada mulanya berpakaian kemas. 
Berkot hitam , berslack hitam. 
Bila pompuan tu duduk, dia tanggalkan kot nya. Tinggal kemeja putih aje. Pompuan ni bertudung jugak. Version nampak leher. tApi, Abah aku tak tengok leher dia. Dia kata......

"hari tu aku punya la mengantuk. tak larat aku nak angkat mata. paham-paham ja la kursus - boring. bagus gak la pompuan tu dok depan aku. takde la aku boring sangat. aku sibuk dok baca apa yang ditulih atas baju dalam dia tu. 'i am sweet like candy' dan memacam lagi la ditulih kecik-kecik. HAHA..baju dalam pesen tu pun ada ka...?"


Aku bantai gelak sambil tersipu-sipu. 
Takkan nak cakap Abah gatal plak? Dah memang orang tu dok depan dia?
Lagipun bukan dia sorang ja tengok. 

"Abah ni.... Tak baik tau. Dosa...." kata Mak aku.

"Sapa suruh dok depan aku.." kata Abah aku slamber sambil makan durian. 


Kesimpulannya, takleh nak salahkan laki sebab pervert. Kadang, diorang ni tak mintak pun , kita yang pompuan ni sniri yang gi 'hidang' kat depa. Kan? 


Kesimpulannya, pakailah baju jarang-jarang bagi menghilangkan rasa mengantuk orang lain ketika berkursus. TETTTT!!!



p/s - nak jumpa Abah aku kena pakai sopan-sopan. Pesanan ini khas buat bakal-bakal awek adik-adik aku yang teringin nak jumpa parents aku. Abah aku ni jenis sound tepek punye. Kena skali, terus lari. HAHAHAHAHHHEHHEAA.. Cayelah. AKu pun kena.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram