Followers

26 Aug 2011

Kasut Raya?

Nak balik raya tengah malam kang. Beg tak kemas lagi. hehehe... Memang aku malas betui la nak mengemas. Pehtu, sok balik umah, nak memunggah baju , basuh ,lipat. Haih! Pasni, aku make sure suma berdobi je lah ye.

Baru teringat...

Aku takde kasut nak pakai. Ada slipar je. Kasut lawa, ayu menawan untuk dipakai bersama baju kurung takde. Kasut tinggi? AKu tak ready lagi nak berkasut tinggi buat masa skang ni. Tapi, kasut-kasut tinggi ku masih lagi muat.

Kasut apa yang sesuai untuk aku masa raya ni ek?



Kasut Satu


Kasut di atas sangat rugged tapi tak praktikal untuk aku yang berbaby kecik. Lagi pulak bila time raya ko kena asek bukak kasut je. Kasut cenggini akan membuatkan aku kena berleter dengan bapak aku berkodi-kodi dalam kereta. Kalau tak kena berleter, bapak aku sure mengumpat aku kat belakang dengan mak aku.


Kasut Dua




KAsut jenih ni aku suka cuma aku tak kenan sebab terbukak kat hujung. AKu lebih suka bertutup. Tapi, tumit camtu memang ultimately pilihan Makbed sejak zaman minah rempit lagi. Malangnya, aku tak pakai high heel selagi tak sihat sepenuhnya. Biasanya kena tunggu 6 ke 8 bulan untuk aku pakai balik high heels nih. Salu pakai gi kerja je. Memandangkan aku dah nak resign, takyah dah la kot kasut tinggi untuk kerja. Stanby untuk majlis rasmi ajelah kot. Raya pakai kasut tinggi? HAHAHHAHAHAHA...ko gilo?



Kasut Tiga
Kasut cenggini pun pilihan aku gak time kasual. Ni kasut rutin masa keje kat call center atau kat TGV. Time tak keje, kuar dating pun aku bedal kasut cenggini gak. AHHA..tak caye, silakan tanya pakwe ku. Maybe aku akan pakai gak bila Oni dan Najwan lari laju dari aku di raya akan datang. 





Kasut Empat


Aku tengah consider nak beli kasut camni. Ok tak? Tak la ke'gugurl'an sangat, kan? Casual gitu. Kalau ada pattern lagi lawa silalah gitau.



Adoiyai.. tak de idea la nak bli kasut. Ada tak idea? Jangan le bagi idea slipar jepun sebab aku dah ada dah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram