Followers

22 Aug 2011

Kami Doakan Dania Emelda Aqasha sembuh ...





Comel tak adik ni? 
Nama dia Dania Emelda Aqasha. 
Umurnya 2 tahun lebih.

Tapi... kenapa posing kat katil spital tu dek?


Tu gambar dulu...sekitar Feb 2011 rasanya. Maafkan Makbed kalau tersalah.







Ini adalah gambar adik Dania sekarang





Mengikut entri terakhir Ibunya semalam, adik Dania sudah critical. Aku copy paste sebahagian entri beliau..




salam wahai rakan2 alammaya ku......ingat x lagi dgn puteriku, Dania Emelda Aqasha?? 
dy dalam keadaan tak stabil skrg...
saya sempat meluangkan masa seketika ini, untuk menulis hanya untuk meminta jasabaik rakan dan taulan, samaada kenal saya atau pun hanya kenal di alam siber ini.....utk sama2 mendoakan kesejahteraan puteriku ini...... 
she's diagnose leukimia pd 12 feb 2011, dan skrg dah cycle yang ke 3...
sepatut nye hanya mengambil masa lagi 3 minggu shj untuk menghabiskan cycle ini....
dan selepas itu..masuklah maintanance di mana pu3 ku ini hanya sebulan sekali shj mendapatkan rawatan....
tapi, sesungguhnya Tuhan itu maha Penyayang....
Dia menduga kami sekeluarga dgn ujian yang amat berat utk kami tempuhi...... 
9hb Ogos, last ASPA (injection Kimo)...dy mendapat diarrhoea..dan dia amat2 kuat untuk tempuhi semua itu....
11hb Ogos dia dimasukkan ke HSI selepas menjalani kemo....utk menjalani rawatan diarrhoea.. 
12hb Ogos alhamdulillah dibenarkan balik kerana dah xde buang2 air lagi..... 
14hb Ogos selepas pulang ke muar pd jumaat tu, dy buang2 air kembali....dan minta dimasukkan ke hospital kerana xtahan dgn sakit perut. kami bawa dia ke HPSF Muar, sbab pd kami diarrhoea mungkin boleh ok setelah 2-3 hari dpt rawatan.... 
18hb Ogos, kami rasa, kami perlu bawa dy ke HSI..perlu!!! dan tetibe tekanan darahnya merundum jatuh...yang menyebabkan pihak HPSF tidak membenarkan kami mmbawanya ke hsi selagi darahnya xstabil... 
aku xtdo semalaman walaupun seharian aku sakit gastrik....
sehingga dirawat di Kecemasan hpsf. 
semalaman aku menjaga nya....
ajak dy tengok upin...supaya dia dpt hilangkan rasa sakit perutnya tu..... 
5.30pagi, akhirnya aku tertewas dgn mataku.......
aku terlelap......
dia pun dah tdo masa tu6.30 pg, aku terjaga...... 
nurse " akak, sy dah bg ubat demamkul 6 tadi....adakat meja.
nk kejutkan akak xsampai hati sbb akak br tdo..."aku" ha yelah," lantas bangun dan menyediakan ubat2 yang nk disuap kpd dia.... 
aku"Nia....bangun sayang..mkn ubat nak," sambil mengangkat nya utk didudukkan......nauzubillah.......dy kejang!!!
aku lantas memanggil dokter..........emergency!!!!!!!
lebih 30minit dy dipulihkan.....
olehkerana sawannya lama, maka dokter terpaksa pasang tube utk membantu pernafasan dia.....
dan dia,terpaksa ditido kan.... 






Untuk lebih gambar dan detail berkenaan adik Dania ni, please berkunjung ke blog Ibu beliau. Klik je link yang aku dah highlight tu ek. 


Adik Dania memerlukan doa kita semua. Marilah kita sama-sama doakan agar Adik Dania kuat semangat dan dipanjangkan umur agar dia boleh berhari raya bersama orang-orang yang menyayanginya. 
Personally, sebak baca entri dalam blog ni. Terbayangkan diri sendiri. 
Semoga Leen tabah menghadapi ujian Allah. 


p/s - kesian sangat. Kita sibuk-sibuk excited nak raya tapi ada orang yang bersedih begini. 



Thanks Momy IMan.




suma gambar diambil dari blog Leen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram