Followers

14 Aug 2011

Jenjalan di Pasar Ramadhan Kampung Melayu Air Hitam, Penang

Makbed balik Lumut esok pagi. HAri ni berbuka dengan Umie lagi.
Besh gak berbuka kat Penang nih. 
Semalam, Nando's. 
Hari ni, aku amik kesempatan jenjalan cari pasar ramadhan plak. 
Pasar Ramadhan pilihan kali ni ialah kat Kampung Melayu Air Hitam.

Stended la kan kalu dah gi param tu, parking memang la sangat terfaking gayanya. Keta banyak woh! Biarpun seploh kali round cari paking, tapi ia tidak melunturkan semangat aku nak gi jengok pasar ramadhan gaya orang Penang. Hehhehe.. Ekceli, aku nak pi cari pasemboq. 


PAsemboq tersedap aku makan adalah pasemboq kodiang. 
Tapi, dah banyak tahun tak makan. Jejak Kodiang pun lama tak buat. Hukhukhuk~

Akhirnya, berkat kesabaran kami jumpa gak parking.
Umie pesan kebab ngan ikan pari bakar.
Aku , cuma nak cari pasemboq. Tak beli banyak pun sebab Umie masak kat rumah. 
Papepun, nasik air tangan mak adalah penting dan musti dijamah sementelah dah balik kampung kan? 
Umie siap buat kuih seri muka lagi tau. Habeh laa... cemana aku nak makan ni. Aku dah le 'pantang' pulut! Umie memang selalu wat menu yang menguji keimanan aku


MAsa nak balik tu, aku nampak ada kedai roti tepi jalan. 
Wahh... ada sesuatu yang menarik kat gerai tu walaupun dia cuma jual roti-roti termasuk roti gardenia. 


 Ini lahh diaaa menda tuuuuu!!!



credits to google

Ini bukan roti sebarang roti tau. 
Ini roti yang paling otai dalam keturunan segala roti.
Taiko besar pun suka roti ni tau. BUleh tak aku kata ni roti kegemaran seluruh rakyat Malaysia tak mengira bangsa? Heee.... 

Inilah diaa...
Roti Bang Ali!!!!
eh
BUKAN!

ROTI BANGGALI


Roti ni payah le nak jumpa kat Lumut. Kat Penang banyak la. Aku beli 2 potong je. Kalau nak besok aku beli lagi. Kebetulan, masa aku sampai umah, aku terbau kari. Umie masak kari ikan bawal daaa... Huuh, hebat instinct aku kan? Sayang Umie... 

Dah nak dekat waktu berbuka dah ni. Nak pi ready-ready.
MAlam ni, aku nak dating ngan Inche Kitchi kat Padang Kota plak.
Sambil layan minum stabak ke, kan? Bawak Oni jenjalan. Bila lagi.......
Dulu nak jalan, ngandung. Tak larat! 
Skang, kena banyak jalan. Kasi kurus.

KAlau ikut hati, aku nak berbuka makan nasik kandaq lagi tau!



p/s - MAkbed nak dapat anak buah baru tau. Adik ipar ku sudah peknen! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram