Followers

6 Aug 2011

Ginilah selalu jadi bila tiba Ramadan

Aku sedar sejak bulan posa ni, ramai yang sibuk tak tulis blog. Eh? Ramai yang sibuk dengan memacam kerja dan projek. Aku pasan suma tu. Tukang komen aku suma sibuk. Sob..Sob... Aku terasa diketepikan! Huh~

Si Nora Shahaira sibuk ngan tempahan baju raya nya. Haruslah sibuk. Kalau ada mesin lapan tangan cam dalam citer spider man tu, aku rasa mau dia order satu untuk dia. 

dan si Nini D plak sebok ngan projek kopok bayam dia. Huhu... Eh, takde ke sample sikit antar kat aku ?


Yang lelain plak, asal petang je status fesbuk suka berkisar pasal 'nak makan apa' je. Nak nampak berlainan sikit, ada la status maki jalan jem, maki LRT , kutuk orang jalan terhegeh-hegeh ...hahaha..status marah je kan? Maklumlah, perut tengah lapar. Nampak semut pun rasa menyampah ye dak. Padahal semut tu tak bersalah pun. 

Bila dah berbuka, jadi lain plak status fb. Kebanyakkannya bersyukur sebab berjaya menamatkan puasa pada hari tu. Status lain biasanya berkisar tentang makanan yang dibeli dan dijamah tadi. Sedap atau tak. Kalau blogger, biasanya suka tangkap gambar  juadah berbuka memasing dan tempek sebagai entri blog. Bagi ibu-ibu pun sama jugak. Lauk dan kuih-muih yang dimasak untuk keluarga, resepinya ditempek disertakan gambar untuk dikongsi bersama pembaca blog lain. 

Kesimpulannya, bila masuk bulan Ramadhan je, entri blog ngan status fb suma citer bab makan je la kan? Betapa bertuahnya nya hidup di bumi Malaysia ni. Macam-macam makanan ada. 

Lagi seminggu nak raya, status fb, twitter dan entri blog pun akan berubah sama. Masa tu adalah ZONE PERANG di mana kita suma sibuk bertempur beli baju raya untuk diri sendiri dan keluarga. Yang bujang-bujang plak especially student, kemungkinnan besar status dorang adalah berkenaan ketidaksabaran mereka untuk pulang berhari raya atau kesedihan mereka kerana tidak dapat berhari raya sebab tiket bas habih. 


 Aku plak, walaupun takde sapa nak baca blog aku, aku tulih gak. Hari ni aku start melincahkan diri berpencak silat di dapo. Dah LAMA BEBENO dah cuti weh! Tadi selongkar gobok stok masakan, ada lagi tepung beras. Huumm... Takpe, kang aku buat entri pasal menu berbuka aku hari ni. Ekceli, dah 2 hari berbuka dengan lauk tuding-menuding nih. Muak lak. Kalau aku ni reti buat murtabak sniri, memang tak yah aku gi pasar ramadhan tu dah. Kan? 

Sebelum aku menggostankan diri, lihatlah gambo hasil tangkapan aku masa kat Kuantan tempoh hari.


Pesan Oni:
"Makan tu makan jugak. Senaman jangan lupa!"





p/s tolong la vote kuih kegemaran korang kat tepi tuh ha... sian aku. penat je wat poll tau. hehehh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram