Followers

25 Aug 2011

Gaduh Suami ISteri

gambar hiasan




Kesahnya....


Meon dan Salwa dah 5 tahun kawin. Anak dah pun 2 orang.  Semuanya lelaki. Salwa baru aje habih berpantang anak kedua bebaru ni.  Bulan depan , adik Salwa , Selamah nak kawin. Selamah mintak Salwa jadi pengapit ketika dia bersanding nanti. Tapi, pantang dah habih, badan Salwa tidak menunjukkan penurunan yang mantap. Mana buleh camni... Nak gi kenduri kawin, jadi pengapit pulak. Baju musti la kena vogue. Takkan nak pakai baju kurung je!


Salwa buntu sampai terduduk depan almari mencari-cari baju yang sesuai untuk digayakan masa hari sanding Selamah. Meon yang baru balik kerja hanya mampu tepuk dahi tengok baju-baju yang berselerak atas lantai bilik.

"Tebiat apa plak ni?" sapa Meon sambil melondehkan seluar kerjanya. 

Salwa diam aje. Dipandangnya seluar Meon yang tersepuk atas lantai. Wah... beshnya kan. Kat mana berdiri, kat situ le tanggal seluar pehtu jalan camtu jek. Camanalah kalau aku ni mati besok, gamaknya kawin baru sebab takde sapa nak tolong kutip seluar yang dilondehkan tu! 

"Hoih, awak cari apa? Saya tanya ni... " sergah Meon setelah melihat Salwa berangan aje tak menjawab soalannya. 

"Err... tgh cari baju apa yang boleh dipakai masa kenduri Selamah nanti... Suma baju tak muat la. Tak sempat nak kurus.." keluh Salwa. 

Meon sengih macam kerang busuk.

"Hah... sudahlah. Memang takdenye baju yang awak buleh pakai. Kalau beli baru pun ntah ada ke saiznya tu..." ujar Meon tergelak.

Salwa mencebik. "Eii.. apa lah abang ni. Orang tengah sedih ni, awak buleh wat lawak bangang lak. Bukannya saya ni gemok sangat pon. Biasalah lepas bersalin...Tak sempat nak kurus untuk kenduri Selamah. Rasanya, saya nak kena suruh Selamah cari pengapit lain la. Kesian dia. Malu nak jalan sebelah saya nanti.." 

"Haaa.. tu la. MAsa ngandung makan banyak sangat. Pagi makan, lunch makan, lepas lunch makan lagi.. tengah malam pun makan. Cemana la tak gemok? Ha skang.. sapa yang sedih? Awak juge kan..... " kata Meon sambil menyalakan rokok di bibir.

Makin sakit otak Salwa berbicara dengan Meon yang mengusiknya tak kena time. Suaminya memang suka benar mencemuh badannya yang agak berisi sepanjang mengandung. Tapi, Salwa diam kan saja. Malas mahu menjawab. Tapi, hari tu, angin Salwa memang tak baik. Memang silap hari lah Meon cari pasal dengannya. 

"Eh, abang. Saya ni gemuk sebab nak beranakkan waris abang tu. Anak-anak kita tu besoklah yang nak usung Abang gi liang lahad besok. Saya makan sebab saya lapar. Saya lapar bersebab. Kalau saya tak makan, kang sakit pulak anak dalam perut tu. Yang Abang tu... Asyik dok isap rokok je. Abang isap rokok tu untuk sapa? Untuk baby dalam perut abang ke? Untuk saya ke bang? Saya makan, saya sihat. Anak-anak sihat. Abang merokok, abang sakit. Anak-anak sakit. Saya pun sakit tau!"

Meon terbatuk-batuk dek terkejut dengan sergahan Salwa. Tak pernah Salwa segarang tu sebelum ni. Alamak, bini aku ni kena gila meroyan ke marah tetiba ni??

"Apa kena mengena plak abang isap rokok dengan awak yang dah gemuk?" soal Meon dengan muka toya. 

"Haih, ada la!" balas Salwa sambil bercekak pinggang.  "Awak beli rokok seminggu 5 kali. Sekotak berapa hengget? Sebulan? Kali la 4minggu kali 5 kali beli rokok. Berapa ratus?

"Patutnya, awak dah bersedia yang saya ni bakal nak gemuk mengandungkan anak kita. AWAK PATUT BERHENTI HISAP ROKOK SERTA MERTA masa tu. Kalau 9 bulan awak tak beli rokok, duit yang awak bajet beli rokok tu awak simpan sampai saya bersalin , AWAK DAH MAMPU BELI SATU SET PREMIUM BEAUTIFUL untuk saya tau tak!! Jangan kata Premium Beautiful, nak hantar pi SLIMWORLD pun buley. Reti?" bebel Salwa.

Meon terkebil-kebil. Cepat-cepat dia amik kalkulator. Pehtu , tersengih sorang-sorang. 

"Dah le saya bersalin spital biasa je. Nasib baik tak kena operate. Tu pun tak bersyukur. Buleh lak kutuk saya memacam. Sekali lagi saya tegaskan, saya gemuk sebab Abang. Abang? Rokok tu saya tak suruh isap pun. Saya suruh brenti lagi adala. Kalau Abang sakit sebab isap rokok, kena tahan wad lama-lama nanti, jangan harap le bini gemuk awak ni nak bayar bil spital awak. Nak jaga awak pun tak hengen. Saya plak nak kutuk-kutuk awak, macam mana awak kutuk saya. Baru tau. kalau saya kurus pun, awak mati dulu, wakpe? "

 Meon terus tenyeh rokok dalam ashtray. Hati panas je dengan bebelan bininya. Terus dia pakai balik seluar yang dilondehkan tadi tu. Sikat rambut ensem-ensem. 

"Ye lah! Hah, kat mana nak beli ape kemende Beautiful tu? Abang beli skang!" tanya Meon sambil masukkan wallet dalam poket seluar.




-kisah ini diolah dengan merepeknya oleh makbed-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram