Followers

2 Aug 2011

Day 23 - dream wedding



Hikks! 

Ni gelak ke sedu nih?


AHAHAHA...


Bahawasanya aku tak penah ada dream wedding. Aku cuma ada dream nak kawin ngan Brad Pitt je. Tapi, Brad Pitt tak suka kawin-kawin dan memilih Angelina Jolie sebagai pasangan. Apakan daya.... 

Nak kawin pun takde perasaan masa tu. Lagi mo ada dream wedding ka?


Aku cuma mengidamkan perkahwinan yang menggembirakan semua para hadirin, yang tak menyusahkan sesapa, yang penuh gelak kutawa dan dihadiri oleh semua sanak-sedara, sahabat-sahabat rapat dan ketat , tidak dilupakan turut dihadiri musuh-musuh ketat dan yang tak berapa ketat kalau ada. 

Oh..aku suka gak majlis kahwin aku ada lagu tema kahwin-kahwin. Meriah. Lagu-lagu tu yang membuatkan pengantin tersenyum tuh.

Sanding? Takde pon takpe. Tapi, baju haku mustilah lawo. Bertemakan kaler faveret aku, HITAM. Maybe dikombinasikan sikit dengan kaler lain. Takyah sanding lah. Mat Saleh tak de sanding-sanding pun. Penat kot sanding. 

MAjlis wat kat hotel kot. Senang aku ngan pengantin laki tu nak balik tido lepas knuri. Then, takde sapa pun yang kena basuh periuk belanga, sental bontot kuali dan berketiak masam sepanjang majlis kahwin tuh. HEHEH..


Nak wat suma ni, duit kena lebeh banyak la ye. Nama pun dream, jadi....dream je lah!



Aku dah kawin dah. Ada orang nak tu pun haruslah kita bersyukur kan? Jangan majlis beso gabak sampai tak muat khemah, tapi cuma bertahan sekejap je. 

Tapi kan, aku ngan Inche Kitchi memang nak wat majlis resepsi kitorang lagi skali. HAk..hak..hak... Tunggu sambutan jubli perak kot? Semoga aku masih ramping dan cun lagi masa tuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram